≡ Menu

Nasihat Kewangan Apa Yang Anda Perlu Dari Penasihat Kewangan Bertauliah?

"Pakdi, pelaburan apa yang paling bagus?"

Saya sebagai seorang licensed financial planner hanya mampu tersengih atau garu kepala yang tidak gatal apabila menerima soalan ini.

Financial planner bukanlah seorang remisier saham. Financial planner juga bukan unit trust consultant. Financial planner bukan real estate agent. Financial planner juga bukan ejen takaful. Financial planner bukan nak jual emas. Financial planner bukan nak jual surat wasiat atau hibah. Jadi, kalau begitu apa yang financial planner buat?

Sebenarnya banyak perbezaan antara istilah yang saya sebutkan di atas. Bagi orang awam, barangkali semua dari merek nampak sama. Tetapi sebenarnya kena tahu perbezaan yang disebutkan supaya mereka dapat tahu dengan siapa mereka patut berurusan dan mendapatkan nasihat kewangan.

Secara umumnya seorang licensed financial planner menawarkan 3 servis berikut.

#1 Buat Pelan Kewangan

Menyediakan satu pelan kewangan. Dari mana hendak ke mana. Peta. Kompas. Supaya tak sesat dan sampai ke destinasi yang dituju.

  • Nak beli rumah, macam mana nak buat tabungan? Sebab apabila beli rumah bermaksud kita dah buat satu komitmen kewangan jangka masa panjang dengan membuat hutang.
  • Ada hutang, macam mana nak langsaikan? Maka penstrukturan kewangan dapat dibuat. Debt consolidation. Supaya ada cashflow semula.
  • Ada sejumlah ada harta, macam mana nak lindungi harta tersebut supaya kalau berlaku kemalangan seperti kebakaran, masih ada duit di tangan.
  • Berhasrat untuk membahagi-bahagikan harta semasa masih hidup lagi kepada waris dan bukan waris. Bagaimana nak pastikan ia dapat dibuat secara Shariah-compliant?

Apa yang disebut ini adalah antara contoh apa yang boleh dibuat. Tidak terhad kepada yang disebutkan itu.

Proses menyediakan financial plan ini barangkali melibatkan banyak pihak dan bukan hanya dengan financial planner sahaja. Mungkin ada keperluan untuk berjumpa dengan peguam, tax consultant, fund manager, trustee dan sebagainya.

#2 Memberi Nasihat Pelaburan

Ramai orang melabur hanya sekadar dengan beli produk. Pelbagai jenis pelaburan. Tetapi semuanya berterabur. Tidak ada asset allocation. Tidak tersusun. Tidak direkodkan dengan baik. Kalau begitu caranya seseorang itu melabur, maka sudah sampai masanya untuk mendapatkan bantuan profesional. Itu satu.

Seterusnya, ada pelbagai jenis harta di Malaysia. ASB. Tabung Haji. Unit trust. KWSP. Saham. REIT. ETF. Managed account. Wrap account unit trust. Emas. Hartanah. Money market fund. Islamic bond fund. Islamic Fixed Deposit. Pening. Jadi kalau tak tahu nak melabur apa, hire licensed financial planner untuk dapatkan nasihat pelaburan. Itu dua.

Tiga. Dah melabur lama dah. Rasa macam dah ok. Tapi masih ada ragu-ragu dalam hati. Jadi sila tanya licensed financial planner sama ada dia dapat membuat reviu pelaburan tuan dan puan yang sedia ada. Beri 2nd opinion. Macam seseorang nak dapatkan pandangan kedua dari doktor pakar yang lain sebelum buat keputusan nak kena bedah.

Ini contoh situasi-situasi tentang nasihat pelaburan.

#3 Melaksanakan Pelan Persaraan

Sekiranya tuan dan puan sudah hampir dengan usia persaraan, maka perlu ada cara untuk memastikan duit persaraan yang ada boleh bertahan sampai usia 80 tahun. Iaitu kira-kira 20 tahun selepas pencen umur 60.

KWSP. Pencen. Gratuiti. Golden handshake. Cash in hand. Annuiti. Aset semasa lain yang bukan tunai. Bagaimana nak menyusun semua harta-harta ini supaya seorang pesara dapat memperoleh pendapatan yang berterusan setiap bulan, menyamai 70%-80% dari pendapatannya semasa masih bekerja.

Harta-harta ini perlu distrukturkan dengan baik mengikut keperluan semasa persaraan kerana masih ada pesara yang bersara dengan masih ada hutang di tangan. Pada masa yang sama pesara masih perlu melabur (secara konservatif) untuk tempoh 20 tahun lagi kerana usia rakyat Malaysia semakin panjang dan secara puratanya dapat mencecah usia 77 tahun.

Selain itu pelan persaraan yang baik juga meliputi keperluan estate planning. Bagi seorang Muslim, estate planning bermula dengan profil faraid. Malah, ada pesara yang masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah justeru keperluan anak yang masih kecil seperti ini perlu lah dilindungi dengan baik.

Licensed Financial Planner Bukan Harry Potter

Jangan mengharapkan magik. Lepas jumpa sahaja, hutang-piutang keliling pinggang tiba-tiba habis dibayar. Lepas dapat nasihat pelaburan, dengan modal RM100 terus menjadi RM1 juta sekelip mata. Be practical. Jangan minta bulan dan bintang. Dan jangan percaya kalau ada yang menjanjikan bulan dan bintang.

Walaupun saya dah kongsikan 3 perkara asas apa yang financial planner dapat bantu, mungkin seseorang licensed financial planner itu ada niche yang tersendiri. Bidang yang dia mahir. Perkara yang dia suka buat.

Manakala ada yang lain dapat menawarkan kesemua tiga-tiga keperluan ini. Itu semua bergantung kepada kemahiran dan kemampuan yang ada. Seorang licensed financial planner juga barangkali mempunyai team yang tersendiri untuk membantu memenuhi keperluan kewangan tuan dan puan.

Perlu faham licensed financial planner mempunyai scale of fees yang tersendiri. Ini bukan kerja kebajikan. Charity. Bukan. Bukan. Ini professional job. Tanya tentang fee dan juga area yang mereka dapat bantu dengan lebih efektif.

Saya? Saya suka bantu mereka yang mahu ada duit yang cukup di tangan sewaktu usia persaraan.