≡ Menu

Bakul Pelaburan: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Pelabur mesti tahu apa isi bakul pelaburan mereka.

Secara asasnya, bakul pelaburan merujuk kepada 'buah-buah' berikut.

Kemudian susun buah-buah tersebut menjadi satu bakul yang sesuai dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai.

Ada beberapa senario yang mesti difahami oleh pelabur.

1. Medium to small-cap adalah buah paling banyak

Kesannya bakul pelaburan itu jadi volatile. Sangat volatile. Bukan sikit-sikit punya volatile.

Volatility itu ialah roller-coaster. Naik naik naik... Turuuuuuuuuuuuun.... naik.. turunnnnnnn.... berderau darah. Kecut perut. Boleh muntah hijau dibuatnya.

Tapi inilah bakul yang paling berpotensi untuk sampai ke destinasi yang paling cepat daripada yang lain-lain.

2. Blue-chip adalah buah paling banyak

Kesannya volatile juga. Cuma tak lah seganas bakul #1.

Kelebihan bakul blue-chip ini ialah dividen. Dan roller-coaster tu kebiasaannya naik semula ke atas dengan lebih cepat.

Cuma sebab roller-coaster perlahan sikit jadi mungkin sampai ke destinasi kewangan tu agak lambat. Tapi steady. Steady-steady blue-chip pun darah tetap berderau juga.

3. Fixed Income adalah buah paling banyak

Selalunya bakul macam ini adalah untuk mereka yang sudah sampai ke destinasi dengan selamat. Dah sampai maka kelajuan itu bukanlah lagi satu keutamaan.

Sesuai dengan namanya 'fixed income' maka bakul ini menghasilkan buah-buah yang matang setiap tahun. Boleh lah dibuat makan.

Bagi mereka yang perjalanannya masih jauh, meletakkan duit banyak-banyak dalam fixed income adalah satu kerugian. Kerugian yang tidak nampak. Opportunity cost.

4. Komoditi adalah buah yang paling banyak

Sepatutnya komoditi menjadi penstabil dalam sesuatu bakul. Bukannya menjadi jenis harta yang paling banyak.

Ini kerana komoditi bukan harta yang menjana pendapatan. Tak ada cashflow. Sedangkan 3 bakul yang disebutkan lebih awal semuanya dapat menjana pendapatan. Ada cashflow. Cuma banyak atau sedikit sahaja.

Komoditi tak ada aliran tunai. Zero. Sifar.

5. Tunai adalah buah yang paling banyak

Bakul ini sedang sakit.

Sakit dalaman. Secara luaran nampak bakul ini yang paling selamat. Tapi pada hakikatnya buah-buahannya semuanya ada ulat yang hidup dengan senang-lenang dalamnya. Ulat itu bernama inflasi.