≡ Menu

Siapakah Penasihat Kewangan Bertauliah di Malaysia?

Dalam industri perancangan kewangan, sekurang-kurangnya ada 2 kategori "penasihat kewangan" yang orang awam kena tahu.

Kategori #1

"Penasihat kewangan" yang mewakili syarikat, dikenali sebagai ejen insurans/takaful, unit trust consultant, estate planner. Jadi mereka dapat memberi khidmat nasihat berkaitan produk dan servis syarikat yang mereka wakili sahaja.

Kategori #2

"Penasihat kewangan" yang mewakili klien, dikenali sebagai licensed financial planner atau financial adviser representative.

Penasihat Kewangan Bertauliah

Saya menulis "penasihat kewangan" seperti di atas hanya untuk memudahkan kefahaman orang awam. Pada hakikatnya mengikut undang-undang, "penasihat kewangan" kategori #1 tidak boleh digelar penasihat kewangan (financial adviser) atau perancang kewangan (financial planner).

Ini kerana ada undang-undang yang melarang penggunaan istilah tersebut sesuka hati. Contohnya, hanya financial adviser mengikut Financial Services Act 2013 sahaja yang boleh menggunakan istilah tersebut. Selain itu boleh dikenakan tindakan undang-undang (1) penjara tak lebih 8 tahun (2) denda tak lebih RM 25 juta (3) atau keduanya sekali.

Jadi nota ini adalah tentang penasihat kewangan kategori #2. The real financial adviser.

Bagaimana Nak Kenal Penasihat Kewangan Bertauliah?

Buat carian untuk:

  1. Licensed financial planner ada dalam website SC
  2. Financial Adviser Representative (FAR) pula dalam website BNM.

Association of Financial Advisers ada menyediakan pautan untuk kedua-dua carian. Klik sini.
.

Seterusnya Dari sudut praktis, oleh kerana penasihat kewangan bertauliah ini mewakil klien maka mereka:

  • Menyediakan surat perlantikan seperti letter of engagement yang merangkumi terma dan syarat hubungan antara klien dan penasihat kewangan.
  • Mempunyai schedule of fee , iaitu bagaimana dan berapakah advisory fee yang perlu dibayar oleh klien untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan.

FAR dan FPR

Uniknya di Malaysia, penasihat kewangan bertauliah ini ada 2 kebenaran / lesen.

Satu ialah Financial Adviser Representative (FAR) bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan satu lagi ialah dalam istilah rasminya, Licensed Capital Market Services Representative Licence holders for Financial Planning. Lebih mudah sebut sebagai licensed financial planner atau Financial Planner Representative (FPR). FPR pula mereka yang berlesen bawah Suruhanaya Sekuriti.

Bezanya adalah FAR untuk mendapatkan nasihat kewangan dalam hal ehwal insurans dan takaful. Manakala FPR untuk mendapatkan nasihat kewangan hal ehwal pelaburan. Bukan semua FAR adalah FPR dan sebaliknya. Tetapi ramai FAR juga ada lesen FPR.

Penasihat kewangan bertauliah ini juga mempunyai "superpower" iaitu FAR / FPR dapat memenuhi keperluan mendapatkan khidmat nasihat kewangan yang independent dan tidak bias terhadap sesuatu produk.

Kelayakan Menjadi Seorang Penasihat Kewangan

Untuk mereka yang berminat untuk menjadi penasiht kewangan bertauliah seperti yang disebut, maka ada 3 cara bermula. Kesemuanya dengan mendapatkan salah satu dari 3 sijil profesional berikut:

1. Registered Financial Planner (RFP) atau Shariah RFP,
2. Certified Financial Planner (CFP) atau Islamic Financial Planner (IFP)
3. Chartered Financial Consultant (ChFC)

Kemudian daftar dengan pofessional association yang mengeluarkan persijilan tersebut seterusnya memohon lesen / kebenaran menjadi penasihat kewangan melalui firma penasihat kewangan berlesen yang ada.

Walaupun seseorang itu ada sijil yang disebutkan di atas tetapi selagi mana tidak mohon lesen / kebenaran dari pihak berwajib maka mereka masih belum menjadi penasihat kewangan yang bertauliah berdasarkan undang-undang yang disebutkan di atas.

Penasihat Kewangan Bertauliah Mewakili Klien

Sekiranya tuan dan puan mempunyai mempunyai soalan seperti:

"Apakah takaful yang terbaik?"
"Apakah pelaburan yang terbaik?"

Maka itu adalah antara tanda tuan dan puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan dari penasihat kewangan bertauliah. Ini kerana penasihat kewangan bertauliah bukan mewakili mana-mana syarikat pelaburan atau insurans / takaful kerana mereka ada wakil kepada klien untuk mencari apakah yang terbaik untuk keperluan kewangan klien.

Sekiranya tuan dan puan sudah pun tahu nak apa atau jenis yang memang boleh do-it-yourself maka tuan barangkali boleh terus perjumpa wakil syarikat yang tuan mahu selepas membuat penyelidikan sendiri.

Selain dari takaful dan pelaburan, penasihat bertauliah berlesen ini juga dapat menstrukturkan semula kewangan tuan dan puan seperti isu berkaitan cashflow, harta, hutang, percukaian, zakat dan tidak ketinggalan pengurusan harta pusaka i.e. estate planning.

Mudah-mudahan nota ini telah membantu tuan dan puan mengenal pasti siapakah penasihat kewangan yang bertauliah di Malaysia.