≡ Menu

8 Pelaburan Yang Popular di Malaysia. No 7 Paling Umph!

1. Hartanah

Pelaburan hartanah disukai orang kerana ia wujud secara nyata. Tangible asset bak kata orang Amerika.

Kekuatan utama pelaburan hartanah terletak pada kesudian bank untuk bagi pembiayaan. Strategi Other's People Money (OPM). Leverage. Rumah 100k tapi cuma perlu keluarkan duit deposit 10k sahaja. Tak perlu simpan tunai sampai 100k baru boleh beli rumah.

Antara kekurangan pelaburan hartanah ialah sifatnya yang kurang bersifat 'cair'. Kalau kita perlukan duit segera, maka kita tak dapat jual hari ini dan terus dapat duit.

2. Real Estate Investment Trust (REIT)

REIT dalam erti kata lain adalah pelaburan hartanah yang sama macam pelaburan saham amanah. REIT ini dijual beli melalui Bursa Malaysia.

REIT membolehkan pelabur mempunyai portfolio hartanah yang mahal. Macam Petronas Twin Tower. Tetapi pemilikannya atas "kertas" sahaja, jadi jangan alihkan pasu di Suria KLCC pula ya.

3. Saham

Mahukah tuan tahu sebenarnya hampir semua orang di Malaysia memiliki saham sama ada secara langsung atau tidak.

Ya, jika kita mencarum KWSP itu bermaksud kita telah terlibat dengan pelaburan saham. Pencen pesara kerajaan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) juga terlibat dalam Bursa Malaysia. Tabung Haji, ASB juga banyak membeli saham. Jadi jangan kata orang kampung, nelayan dan juga petani tidak ada "exposure" dalam saham. Ada.

Selain mempunyai pendedahan saham melalui institusi yang disebutkan, seseorang itu dapat melabur saham sendiri terus di Bursa Malaysia. Jika mampu, lantik fund manager berlesen untuk uruskan pelaburan tersebut.

4. Saham Amanah

Unit trust.

Unit trust adalah cara memulakan pelaburan dengan modal yang rendah. Ramai orang suka nak tahu unit trust apa yang boleh beri untung paling besar? Sebab dia nak beli unit trust tersebut. Sedangkan itu adalah strategi pelaburan unit trust yang salah. Mahukah tuan tahu cara melabur unit trust dengan lebih bijak?

Klik dan baca: Unit Trust Wrap Account

5. Exchange Traded Fund

"Unit trust" yang ada dijual di Bursa Malaysia. Secara mudahnya begitulah.

Kenapa ETF boleh wujud lagi kalau unit trust dah ada? Saya ada beri jawapannya di sini:

-- Melaburlah Dalam ETF

6. Logam Berharga

Emas & perak.

Barangkali kekuatan utama kedua logam berharga ini adalah semua orang tahu emas dan perak itu apa. Maklumlah orang kata di mana-mana di dunia ni mesti ada orang nak beli emas & perak yang kita simpan. Apa yang orang tu tak sebut ialah, pembeli nak beli pada harga yang kita nak jual atau tidak ? Ho ho ho.

Logam berharga juga tidak memberikan dividen atau apa-apa cashflow kepada pemiliknya.

7. Skim Dapat Duit Tiap-Tiap Bulan

Siapa masuk dia bangang.

-- 3 Tanda Nak Kenal Pelaburan Scam

8. FCPO

Pasaran hadapan kelapa sawit mentah.

Jangan risau. Tak perlu ada tangki nak isi minyak sawit tu. Sebab FCPO ini adalah futures market. Individu yang masuk pasaran FCPO ini bukannya nak minyak sawit mentah itu pun. Tapi cuma nak jadi spekulator.

Nasihat saya, sebelum masuk market FCPO cuba beli saham small-cap dulu. Kalau saham small-cap pun dah tak tahan, lupakan sahaja hasrat nak masuk jadi trader FCPO.

About the author: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang wealth planning & management consultant. Sila klik sini dan baca lanjut