≡ Menu

Managed Account: 8 Perkara Yang Anda Kena Tahu

Apakah tuan puan merupakan individu yang tidak ada pengalaman, tak ada kemahiran beli saham dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan bakul pelaburan sendiri?

Sekiranya tuan dan puan adalah individu seperti di atas, teruskan membaca.
.

Ada banyak kenderaan yang kita boleh gunakan untuk menambah ekuiti. Di Malaysia, ramai naik kenderaan unit trust. Tapi sebenarnya ada beberapa kenderaan lagi.

Antaranya ETF.

Dan sekarang saya nak ceritakan satu lagi pilihan. Servis pengurusan pelaburan. Namanya managed account. Juga dikenali sebagai akaun mandat persendirian.

Ini adalah pelaburan yang bersifat customized investment dan bukannya collective investment product.

#1 Apa Itu Managed Account?

Burger anyone?

Kita ada beberapa pilihan nak makan burger.

Satu. Pergi McDonald's atau Burger King. Menu dah ada. Pilih burger apa kita mahu.

Dua. Pergi restoran yang ada chef. Order burger. Beritahu pada pelayan - saya mahu daging burger itu dimasak medium. Daging itu pula saya mahu jenis Wagyu.

Tiga. Pergi pasar raya. Beli daging burger yang ada dijual dalam freezer. Beli roti. Beli salad, bawang, tomato, keju. Balik rumah masak sendiri.

Managed account adalah tentang pilihan nombor dua. Duit pelabur diuruskan secara persendirian oleh fund manager berlesen. Tak campur dengan duit orang lain macam unit trust. Maksudnya, itulah satu-satunya pelaburan yang ada di dunia ni. Unik. Private. Customized. Tak sama dengan orang lain punya pelaburan.

Selain managed account untuk beli saham, managed account untuk unit trust pun ada. Kalau nak fund manager pilihkan unit trust. Bukan ejen ya. Not even financial planner. Tapi licensed fund manager.

#2 Modal

Modal untuk buka managed account adalah tinggi.

Berpuluh ribu. Malah ada juga yang menetapkan sekurang-kurangnya RM200 ribu tak pun pelaburan minima 7 angka. Bergantung kepada syarikat pengurus dana yang ada menawarkan servis ini. Mungkin ada yang lebih rendah.

#3 Dapat Gunakan Simpanan KWSP

Kalau modal tunai tak cukup, boleh tengok baki akaun 1 KWSP. Melalui skim pelaburan ahli.

Kebiasaannya ramai yang keluarkan duit KWSP untuk melabur dalam unit trust. Biasa sangat. Ramai dah buat. Syarat-syarat yang sama juga terpakai kalau nak letak duit dalam managed account. Cuma modal yang diperlukan adalah lebih besar berbanding kalau nak keluarkan duit untuk labur dalam unit trust.

#4 Fee & Charges

Antara kelebihan managed account ialah transparent reporting.

Syarikat pengurusan dana akan memaklumkan dari awal caj-caj yang terlibat dan juga menyediakan laporan dengan jelas menunjukkan ke mana duit kita pergi.

  • Service fee. Di Malaysia 3% adalah standard.
  • Annual management fee. Bermula dari 1.5%. Kebiasaannya menjadi lebih rendah dari itu sekiranya lebih banyak modal yang disuntik dalam akaun.
  • Withdrawal charges. Selalunya untuk mereka yang keluarkan balik modal dalam tempoh kurang dari 12 bulan.
  • Custodian charges. Ada 2. (1) Berdasarkan transaction dan (2) Annual custodian fee.
  • Performance fee. Kalau fund manager beri lebih untung dari x%, maka fund manager dapat fi lebih. Macam striker dapat score gol.

Kesemuanya ini ada ditulis ditulis dengan jelas dalam investment management agreement (IMA). Jadi sebelum tanda tangan borang, baca lah IMA tersebut dengan teliti. Tanya apa-apa yang tidak faham atau ada yang tidak jelas.

#5 Boleh Buat Trust

Kalau nak beli saham melalui investment trust, kosnya adalah tinggi.

Dengan managed account, pelaburan kita tadi dapat terus dibuat melalui investment trust structure. Dengan kos yang lebih rendah.

Trust adalah sebahagian dari alat yang ada untuk keperluan estate planning.

#6 Customized Investment

Kita nak apa dari managed account ni? Boleh bincang.

  • Nak dapat regular income sebab dah nak bersara?
  • Fokus labur dalam blue chip?
  • Labur dalam IPO?
  • Nak jenis agresif?
  • Mahu yang momentum?

Syaratnya modal mencukupi. Rujuk balik #2.

Licensed fund manager menerima mandat dari kita berdasarkan tema seperti itu. Kemudian, mereka masak ikut gaya tersendiri mereka.

#7 Tiada Jaminan Untung

Managed account sama macam pelaburan lain tidak ada jaminan untung.

Yang suka beri janji untung tiap-tiap bulan itu orang-orang skim cepat miskin sahaja.

Come on. Realistik lah. Pelaburan ini macam tanam pokok. Ambil masa. Orang jual pisang goreng tepi jalan pun bukan tiap-tiap hari untung tau. Ini tau nak cari untung hari-hari sambil goyang kaki sahaja. Memang sah selalu jadi mangsa skim cepat miskin kalau masih tak boleh buang minda sebegitu.

#8 Macam Mana Nak Buka Akaun?

Licensed financial planner adalah pemudah cara untuk mereka yang berminat mendapatkan servis ini.

Melalui sesi fact-finding, saya sebagai licensed financial planner akan menilai dulu individu-individu yang berminat. Ini kerana bukan semua orang sesuai untuk mendapatkan servis managed account ini sebab modal kalian memang dilaburkan terus ke dalam pasaran saham.

Biasalah, masa untung kita yang hebat dan pandai, nanti masa rugi, semua orang salah. Kan... he he he.

Sekiranya profil pelaburan adalah sesuai, maka pelaburan saham dapat diuruskan secara personal, private, persendirian terus oleh fund manager berlesen. Ya, tuan dapat customized investment portfolio.

Klik Sini Untuk Sesi Konsultansi Percuma

About the author: Pakdi menulis setiap hari Jumaat dan kini terus dihantar ke inbox anda. Untuk subscribe, sila klik www.pakdi.net