≡ Menu

Anda Risk-Taker? Melaburlah Dalam Syarikat Mid-Small Cap

Anak darjah 1 masih banyak ruang dan peluang untuk masuk universiti. Dengan didikan dan tunjuk ajar yang betul dia dapat membesar jadi insan yang berguna dan dapat banyak berbakti dalam masyarakat.

Datuk yang dah sudah 1 cucu pula sudah macam buluh. Nak membesar macam mana lagi. Sudah matang. Duit pun sudah banyak. Sebab itu cucu-cucu datuk nenek itu selalu dimewahkan.
.

Di Bursa Malaysia, ada syarikat-syarikat "kecil" dan "remaja". Syarikat yang masih ada banyak ruang untuk membesar menjadi lebih sihat dan kuat. Syarikat "kecil" ini namanya small-cap. Syarikat "remaja" ini pula adalah syarikat "medium-cap". Syarikat yang dah besar, matang adalah "big-cap"

'Cap' itu bukan topi. Cap itu ialah kependekan dari istilah capitalization. Senang cerita merujuk saiz. Market capitalization. Syarikat yang bersaiz kecil. Syarikat yang bersaiz sederhana. Tapi jangan ingat macam istilah kecil-sederhana macam small-medium enterprise (SME) pula.

Saiz syarikat small - medium cap ini antara 200 juta ke 2 bilion nilainya.
.

Membesarkan anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah ini banyak lah cabarannya. Mak ayah memang tahu lah cabarannya bagaimana. Tidak ada mak ayah yang nak tengok anak-anak mereka gagal.

Kalau dikira-kira sudah berpuluh ribu malah mungkin mencecah ratusan ribu nak membesarkan anak-anak ni. Malangnya, tidak semua menjadi seperti yang diharapkan. Itulah risikonya.

Tetapi sekiranya dari putik berkembang mekar menjadi bunga yang cantik, untungnya tidak terperi. Ini contohnya:

Bunga dah mekar cantik semua orang suka.

Persoalannya, macam mana nak tau bunga tu berpotensi mekar cantik yang digilai ramai orang dan juga lebah-lebah yang berterbangan?

Klik & Baca: Nota Untuk Pelabur Saham Baru

Apakah Tuan Puan Sesuai Melabur Dalam Medium-Small Cap?

Banyak syarikat di Bursa Malaysia yang berstatus macam ini. Sekurang-kurangnya ada lebih dari 150.

Jadi sila perhalusi 10 perkara di bawah:

  1. Kena belajar ilmu pelaburan. Ilmu baca penyata kewangan. Ilmu bisnes. Mulakan dengan subscribe TutorialSaham.com
  2. Kena sanggup hold saham 10 tahun. Kalau 10 hari dah resah gelisah, macam mana...
  3. Kena sanggup tengok unrealised loss, tengok rugi sementara. Bukan sedikit ujian nak jadi pak sanggup ni. Boleh jatuh sampai 50%. Boleh tahan ke tidak?
  4. Cut-loss? Lupakan.
  5. Jatuh, beli. Jatuh lagi, beli lagi. Jatuh banyaknya, beli banyak-banyak. Easier said than done.
  6. Kena tahu bila kita salah buat analisa. Admit the mistake. Exist soonest possible. Tapi selalunya kita tak mahu mengaku kita salah.
  7. Kena berani masuk meminang. Sebab saham medium-small cap masa dia 'hodoh', 'tak cantik' tak siapa mahu.
  8. Kena independent. Buat research sendiri. Yakin dengan analisa sendiri. Biarlah apa orang cakap pun. Kita istiqamah.
  9. Sanggup analisa sampai 50 syarikat untuk jumpa 1,2 syarikat yang sesuai. Kalau baru 5 syarikat analisa dah mengeluh... hmm...
  10. Tahu beza saham berkualiti dengan saham tak berkualiti. Macam mana? Rujuk balik #1.

Dipendekkan cerita, dengan saham medium-small cap ni, kalau menang, kemenangannya besar. Kalau kalah, kekalahan yang besar.

Bukan untuk mereka yang berjiwa kecil.