≡ Menu

Unit Trust Wrap Account: Satu Pengenalan Untuk Pelabur Aktif

Setiap tahun pasti ada unit trust yang mencatatkan untung yang besar. Seterusnya memenangi anugerah unit trust terbaik.

Masalahnya cuma satu.

Kita tak boleh tahu in advance unit trust apa, dari syarikat yang mana yang bakal dapat return paling tinggi untuk tahun depan. Tahun depan depan. Tahun depan depan depan... dan tahun seterusnya. Sebab pelaburan adalah cerita pasal masa depan. Past performance does not guarantee future performance.

Membeli unit trust hanya kerana fund itu dah buat untung tahun lepas bukan strategi yang terbaik. Risiko beli unit trust dengan cara macam itu susah nak kawal.

Jadi, mahukah tuan puan tahu cara yang lebih baik dari cara tersebut? Saya perkenalkan, unit trust wrap account. Wrap account merupakan salah satu tools kewangan yang dapat ditawarkan oleh seorang licensed financial planner.

Wrap Account Memudahkan Pelabur Urus Risiko

Jadi cara yang terbaik untuk menangani benda ghaib macam ini adalah dengan mengamalkan apa yang ramai pakar pelaburan sebut sebagai diversification. Contohnya buat bakul pelaburan semacam ini:

  • 20% unit trust I dari syarikat A
  • 20% unit trust II dari syarikat B
  • 10% unit trust III dari syarikat C
  • 25% unit trust IV dari syarikat D
  • 25% unit trust IV dari syarikat E

Kalau guna cara biasa-biasa, ini bermaksud pelabur kena berurusan dengan 5 orang unit trust consultant dari 5 syarikat unit trust yang berbeza. Tapi realitinya pelabur tak larat nak berurusan sampai dengan 5 orang unit trust consultant.

Wrap Account Membolehkan Pelabur Ada Bakul Pelaburan Yang Tidak Bias

Seterusnya pelabur dapat mempunyai satu bakul pelaburan yang lebih objektif dan tidak dipengaruhi bias yang boleh wujud dari wakil syarikat.

Ini kerana wrap account mempunyai service fee supaya seorang licensed financial planner dapat bermula dengan membantu pelabur menyusun polisi bakul pelaburan berdasarkan keperluan pelabur terlebih dahulu.  Service fee adalah berdasarkan capital injection dan bukannya transaksi jual beli.

Sejauh mana seseorang pelabur itu sesuai untuk melabur dalam jenis unit trust berikut dan adakah pemilihan jenis unit trust itu membolehkan pelabur dapat sampai ke destinasi kewangan mereka?

Dah selesai urusan menetapkan polisi bakul pelaburan baru lah pergi kepada produk, atau syarikat yang ada menjual jenis unit trust yang diperlukan.

Dapat Menjimatkan Kos Pelaburan

Perkara yang perlu dibuat paling kurang setahun sekali ialah rebalancing. Menyusun semula bakul pelaburan.

Apabila perlu menyusun semula buah-buah dalam bakul maka sudah tentu barangkali ada buah yang kena dijual ada buah baru yang kena dibeli dari kedai buah yang berbeza-beza. Dan ini dapat dilakukan dengan percuma.

Ya, walaupun lain-lain syarikat.

Manfaat Jangka Masa Panjang Untuk Pelabur

Wrap account membolehkan pelabur mendapat 'advisor' yang memakai kasut yang sama dengan dirinya. Bukan 'advisor' yang cuma jual nak produk tetapi the real advisor yang memberikan khidmat nasihat pelaburan yang terbaik.

Ini kerana apabila bakul pelaburan pelabur menjadi semakin besar, maka fee yang diperoleh licensed financial planner juga semakin besar. Kalau bakul pelaburan pelabur mengecut, fee juga mengecut.

Apa yang pelabur dapat, itu juga yang licensed financial planner dapat.

Fee & Charges

(A) Di peringkat wrap account:

1. Wrap Account Service Charge

Dari 0% - 5% setiap kali capital injection.

Ini adalah budi bicara licensed financial planner. Jadi ia 2 orang financial planner berkemungkinan besar ada 2 scale of fee yang berbeza.

2. Annual Wrap Account Fee

Dari 0% - 1.5% setahun

Ini juga adalah budi bicara licensed financial planner. Jadi ia 2 orang financial planner berkemungkinan besar ada 2 scale of fee yang berbeza.

3. Switching Fee

Tiada.

(B) Di peringkat produk:

1. Sales Charge

0% melainkan syarikat unit trust itu sendiri menetapkan ada minimum sales charge untuk sesuatu fund.

2. Annual Management Fee, Trustee fee etc

Seperti yang ditetapkan oleh syarikat dan ia telah pun diterjemahkan dalam pengiraan net asset value (NAV).
.

Melabur unit trust melalui wrap account sangat sesuai untuk pelabur unit trust yang mahu membesarkan bakul pelaburan untuk jangka masa panjang dan kalau mahu lebih aktif dalam pengurusan bakul pelaburan tersebut.

Untuk mendapatkan ilustrasi pengiraan pelaburan unit trust melalui wrap fee dengan lebih baik, tuan puan perlu menghubungi mana-mana licensed financial planner yang ada menawarkan servis wrap account unit trust.

About the author: Hadir ke seminar berikut untuk bersara dengan duit yang cukup di tangan. Sila klik sini dan baca lanjut