≡ Menu

Nak Buat Apa Kalau Unit Trust Tengah Rugi ?

Ada empat langkah yang perlu dibuat:

#1 Semak Semula

Kumpul semua dokumen berkaitan dan semak beli fund apa selama ini.

Jika tidak ada, minta semula maklumat dengan unit trust consultant anda.

Ini kerana ada pelbagai jenis unit trust yang ada di pasaran. Saya tidak maksudkan senarai nama fund, atau, senarai syarikat unit trust semata-mata tetapi lebih kepada membuat semakan jenis-jenis unit trust yang dibeli, antaranya:

#2 Kira Semula

Lepas dah tau melabur dalam fund jenis apa, maka kira semula nilai bagi setiap pembelian unit trust yang telah dibuat.

Seandainya sehingga tarikh hari ini telah membuat pelaburan sehingga RM 300 ribu, barangkali pelaburan unit trust tuan mempunyai asset allocation seperti ini:

  • RM 200 ribu dalam dana ekuiti kategori medium to small cap
  • RM 50 ribu dalam dana ekuiti kategori big cap
  • RM 30 ribu dalam dana ekuiti kategori luar negara
  • RM 20 ribu dalam dana jenis balanced

Berdasarkan ilustrasi di atas, 93% ‘bakul telur’ unit trust adalah ekuiti. Dan lebih spesifik 67% adalah pelaburan unit trust medium to small cap.

Bakul telur ini juga dikenali sebagai asset allocation anda.

#3 Reviu Semula

Bukan semua pelabur menepati investment profile seorang aggressive investor.

Jadi apakah ada berlaku mismatch antara asset allocation dengan investment profile?

Mereka yang mempunyai asset allocation seperti yang ditunjukkan dalam poin #2 adalah individu yang jenis tak kisah dengan turun naik harga unit trust. Kalau tak berani melihat turun naik harga dalam pasaran saham seperti itu, maka kena ubah semua asset allocation supaya sesuai dengan diri masing-masing.

#4 Struktur Semula

Kalau tak pasti investment profile macam mana, maka kena penstrukturan pelaburan buat semula. Dari situ baru dapat buat asset allocation yang baru dan yang lebih sesuai dengan diri sendiri.

Dapatkan asset allocation yang sesuai dulu. Selepas itu barulah bertindak untuk jual atau switching strategy atau mungkin hold sahaja. It depends.

Yes. Really.
.

Ini adalah proses reviu pelaburan yang saya buat untuk pelanggan yang dah lantik saya sebagai financial planner mereka. Dah lantik baru saya dapat memberikan nasihat kewangan.

Solusi yang saya beri kepada setiap pelanggan adalah berbeza-beza. Sebab banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Suami isteri pun keperluannya tidak sama. Ini kan pula anda dan 1001 lagi pelabur yang lain.

Iyalah, ada pelanggan yang ok nak terus dengan unit trust. Ada yang lain pula dah fed-up sangat dengan unit trust. Setiap sesuatu itu ada jalan penyelesaiannya.

About the author: Suzardi Maulan membantu mereka yang mahu retire dengan duit yang cukup di tangan. Sila klik sini dan baca lanjut