≡ Menu

5 Langkah Memulakan Pelaburan Seperti Seorang Pro

Menurut pelabur tersohor, Warren Buffett, pelaburan adalah aktiviti menangguhkan perbelanjaan hari ini supaya kita dapat berbelanja lebih pada masa hadapan. Risiko adalah kebarangkalian kita gagal mencapai objektif tersebut.

Ini bermaksud, tidak melabur langsung adalah aktiviti paling berisiko. Ini kerana perbelanjaan RM 1 pada 1977, 40 tahun selepas itu perbelanjaan tadi meningkat menjadi RM 2.21. Kadar inflasi 2%. Manakala untuk tempoh yang sama, siapa yang beli indeks saham Bursa Malaysia, maka setiap RM 1 maka pada 2017 nilainya sudah jadi sekurang-kurangnya RM 14.5.

Berikut ialah 5 langkah bagaimana tuan puan dapat melabur seperti seorang pro:

Langkah #1 Cari Ilmu Buah Dulu

An investment in knowledge pays the best interest - Ben Franklin

Sekurang-kurangnya ada 5 jenis harta yang dapat dipilih:

Setiap jenis harta ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pulangannya pun berbeza-beza. Harta tunai memberikan pulangan paling rendah.

Saham memberikan dividen. Hartanah memberikan sewa. Kedua-duanya dapat dijual untuk memberikan keuntungan capital gain.

Tak tahu?

Always.Invest.In.Yourself.First!

Langkah #2 Nak Beli Buah Berapa Banyak?

Have a strategic asset allocation mix that assumes you don't know what the future holds - Ray Dalio

Tugas pelabur seterusnya adalah untuk merancang satu pelan pelaburan. Untuk buat satu bakul buah. Dalam bakul tu nak beli buah tu berapa banyak? Pelan atau peta pelaburan ini lah yang akan memandu kita untuk sampai ke destinasi kewangan yang kita nak.

  • X% tunai
  • Y% fixed income
  • Z% saham
  • A% hartanah
  • B% komoditi

Pelabur boleh pilih jalan Do-It-Yourself (DIY). Pelan semua perkara sendiri. A-Z. Alif sampai ya. Jangan sampai terpilih buah busuk sudah i.e. investment scam.

Pelabur juga boleh lantik seorang licensed financial planner yang dapat memberikan khidmat nasihat pelaburan. Dia dah tahu A-Z. Dah tahu harta apa nak beli. Bila. Bagaimana nak beli. Sesuai ke tidak. Bagus ke tidak. Strategi apa nak pakai. Dan seterusnya.

Langkah #3 Sejauh Mana Boleh Tahan Kalau Terbeli Buah Busuk?

Kalau pergi pasara malam pergi gerai jual buah tak payah lah sibuk-sibuk tanya, "Dik, buah limau ni manis tak?"

Penjual buah tu kalau jawab limau dia masam, siapa yang nak beli buah limau yang berbakul-bakul dalam lori dia tu? Ramai orang suka tunggu penjual limau datang jumpa mereka.

Never ask a barber if you need a haircut. - Warren Buffett

Secara umumnya ada 3 kategori pelabur.

  1. Risk taker. Jenis agresif.
  2. Steady. Jenis konservatif.
  3. Hmm. Jenis redha duit habis dimakan inflasi.

Tugas pelabur seterusnya adalah berlaku jujur terhadap diri sendiri. Sanggup rugi banyak mana?

Pada masa yang sama kena seimbangkan dengan destinasi kewangan yang nak ditujui. Iyalah, kalau nak ada harta yang dapat jana pendapatan 100k setahun pada usia persaraan mesti lah kena lebih agresif sikit dari yang biasa-biasa.

Pengalaman dan usia juga memainkan peranan dalam menentukan 'diet bakul buah pelaburan' yang kita nak buat tu.

Langkah #4 Nak Beli Buah Di Mana?

Dah buah 3 langkah yang awal itu barulah sampai ke cerita pasal produk kewangan. Produk kewangan ini banyak. Dikeluarkan oleh pelbagai institusi kewangan.

Caveat emptor.
Buyers beware.

'Free advice' dalam banyak keadaan merupakan nasihat yang paling mahal harganya. Lebih-lebih lagi kalau ada yang ajak kita keluar minum sambil mempromosi sesuatu produk kewangan tanpa melakukan 3 langkah awal yang disebutkan.

There's no such thing as a free lunch - Milton Friedman

Saham. Dapat buka CDS akaun. Unit trust ekuiti. Managed account. ETF saham.

Hartanah. Boleh pilih yang fizikal atau REIT.

Fixed income. Mungkin tabung tajaan kerajaan. Unit trust sukuk.

Komoditi. Ada emas. Perak. ETF emas. Collectibles.

Cash. Fixed deposit. Money market fund.

Ada dua cara. (1) Fikir dan pilih sendiri dan terus beli melalui ejen / remisier / broker. Atau (2) lantik financial planner representative supaya dia dapat mewakili kita memilih produk yang terbaik.

Langkah #5 Perhatikan Bakul Buah Tu Baik-Baik

Buah-buah dalam bakul itu takkan masak serentak.

Ada yang masak dulu, ada yang masak kemudian. Malah ada yang rosak dan perlu diganti dengan buah yang lain.

Jadi buah-buah dalam bakul itu mesti diperhatikan supaya ia tetap seperti yang dipersetui dalam langkah #2. Supaya bakul buah itu ikut citarasa kita macam dalam langkah #3.

Keep it simple and remember what you set out to do - Charlie Munger

Maka lepas dah buat 5 langkah macam ini, maka hati kita pun dapat menjadi lebih tenang. Bila hati tenang, semua benda jadi senang. Taklah asyik terkenang-kenang modal yang sudah hilang.

Barulah dikatakan melabur seperti seorang profesional.

  • Tidak lah asalnya nak jadi short-term trader, tapi disebabkan rugi, terus-terus jadi long-term investor.
  • Sebab kawan cerita untung beli emas, dia pun ikut sama beli emas.
  • Sebab sepupu punya suami punya pakcik cerita dia buat ASB financing, dia pun terikut-terikut nak buat ASB financing.

Mereka tu semua sah-sah tak baca nota pelaburan ini!

About the author: Saya bantu orang melabur saham untuk persaraan. Sila klik sini dan baca lanjut