≡ Menu

23 Tips Asas Retirement Planning

1. Simpan dulu baru belanja. Lagi banyak lagi bagus. Selagi tak terasa jumlah simpanan terlalu banyak itu adalah indikator kita tak menyimpan secukupnya. Selebihnya baru dibelanjakan.

2. Jangan buat personal loan. Jangan beli kereta mahal-mahal. Kalau mampu beli kereta 100ribu, beli yang 50ribu cukup. Sifirnya begitu.

3. Untuk permulaan, simpanlah di Tabung Haji atau pun ASB. Jangan simpan di akaun  bank biasa banyak-banyak.

4. Berkahwin dengan mereka yang sekufu minda kewangan. Yang sama-sama mahu bersusah dan berpayah dengan kita.

5. Daftar haji secepat mungkin. Jika ada rezeki lebih, usahakan untuk pergi haji cepat-cepat.

6. Jangan cari takaful untuk simpan atau labur duit. Tujuan utama ambil skim takaful adalah untuk mendapatkan perlindungan kewangan.

7. Beli rumah. Mulakan untuk buat tabung untuk bayar deposit rumah. Rumah ini adalah residential house. Bukan untuk pelaburan.

8. Jangan lebur duit dalam skim yang janjikan pulangan tetap tiap-tiap bulan.

9. Melabur dalam ekuiti. Ada beberapa cara untuk melabur dalam ekuiti. Beli saham sendiri. Managed account. Unit trust jenis ekuiti. ETF. Manfaatkan skim pengeluaran ahli KWSP.

10. Dapatkan khidmat nasihat profesional. Beli masa licensed financial planner dan duduk berbincang tentang retirement planning.

11. Biar nampak papa tapi berharta. Tak perlu malu dengan orang lain. Jangan impress orang lain. Kalau kita susah orang yang kita nak impress itu kah adalah orang pertama nak tolong kita?

12. Penuhkan tabung kecemasan. Simpanan dalam tabung kecemasan ialah sekurang-kurangnya 7 bulan gaji. Selebihnya masuk dalam tabung pelaburan.

13. Gunakan strategi pelaburan yang paling simple untuk tabung persaraan. Jangan guna strategi pelik-pelik. Jangan cari pelaburan yang perfect.

14. A penny save is actually 2 pennies earned. Jangan berbelanja di luar kemampuan. Jangan berhutang kad kredit.

15. Bayar cukai. Jangan lari. Nanti kena penalti. Penalti cukai tinggi.

16. Kalau ada kawan nak pinjam duit. Fikir. Sayang duit atau sayang persahabatan / persaudaraan. Lepas tu baru bagi jawapan.

17. Masa dengan keluarga adalah penting. Didik anak bukan manjakan anak dengan kemewahan.

Klik sini: Investment Workshop 4 Retirement

18. Kerja dalam industri dan syarikat yang betul.

19. Sentiasa ada beberapa kemahiran lain yang boleh dimanfaatkan untuk menambah pendapatan.

20. Terlebih menyimpan atau terlebih melabur bukan satu masalah dibandingkan dengan terkurang simpan dan tidak melabur.

21. Jika tidak ada bakat berniaga, bekerja dengan orang lain. Dan buat semua yang dicadangkan di atas.

22. Fleksibel untuk berubah dengan situasi dengan keperluan ekonomi semasa. 30 tahun lepas tiada siapa terfikir hari ini semua orang boleh jadi pemandu teksi (baca Grab).

23. Kalau tak mahu buat apa yang dicadangkan pun tak mengapa. Pilihannya ialah bekerja sampai mati.

About the author: Apakah pelaburan tuan puan tengah rugi? Klik sini untuk mengatasinya.