≡ Menu

Boleh Pakai Duit KWSP Untuk Melabur Saham… Bagaimana Caranya?

Ya, sebagai pencarum tuan dan puan dapat menggunakan sebahagian simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur di tempat yang dibenarkan.

Ini dinyatakan oleh pihak KWSP dalam laman web mereka. Bahasa Inggerisnya adalah Member's Investment Scheme. Self-explanatory. Klik dan baca - Skim Pelaburan Ahli

Sekiranya ketika nota ini tuan dan puan baca ada perbezaan, maka apa yang dinyatakan dalam website rasmi KWSP will prevail. Hubungi saya untuk saya kemaskini maklumat di sini.

Saya cuma ulas sebahagian sahaja berdasarkan keperluan demografi pembaca blog ini.

30% Dari Jumlah Yang Lebih Dari Simpanan Asas Akaun 1

Bukan semua duit dalam KWSP boleh pakai. Cuma sebahagian sahaja, berdasarkan formula yang diberikan sendiri oleh KWSP. Kekerapan pengeluaran ialah 3 bulan sekali dengan jumlah minima RM 1 ribu.

Berikut ialah jadual Simpanan Asas Akaun 1.

Senarionya adalah seperti ini.

Tuan puan berusia 40 tahun. Simpanan Asas untuk pencarum 40 tahun ialah RM78,000. Dalam akaun 1 mempunyai RM150,000. Jumlah yang lebih ialah, RM150,000 - RM78,000 = RM72,000.

Jadi jumlah yang boleh dilaburkan ialah 30% x RM72,000 = RM21,600

Jangan risau. Kiraan ini dapat dibuat secara online melalui laman web KWSP atau aplikasi telefon pintar KWSP. Jadi tak perlu kira secara manual. Login sahaja dan tuan dan puan boleh tahu berapakah jumlah pengeluaran yang dibenarkan untuk pengeluaran ahli KWSP.

Boleh Buat Pengeluaran Online?

Setakat hari ini masih manual. Kena isi form khas dan turunkan thumb print.

Tapi berdasarkan kenyataaan media pada 28 Februari 2018, ada disebut:

“KWSP kini sedang membangunkan portal elektronik SPA (e-Members Investment Scheme – e-MIS) di mana ahli boleh melakukan transaksi secara dalam talian dengan kos yang lebih rendah. Kemudahan ini menyediakan lebih fleksibiliti kepada ahli untuk melabur di dalam dana unit amanah. Platform e-MIS ini juga akan memberikan ahli lebih akses dan meningkatkan ketelusan untuk mendapatkan maklumat dana yang ditawarkan, harga serta prestasi dana di bawah skim SPA agar ahli boleh membuat perbandingan dan membuat keputusan pelaburan terbaik berdasarkan keperluan dan selera risiko masing-masing”, kata beliau. Dato’ Mohamad Nasir juga menambah bahawa kemudahan dalam talian itu bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun 2019.

Jadi kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Ke Mana Boleh Dilaburkan?

Sebelum itu kena ingat.

Skim pelaburan ahli adalah pilihan. Optional. KWSP juga mengingatkan ahli supaya:

Ahli juga diingatkan bahawa pelaburan di bawah SPA KWSP adalah pilihan ahli sendiri dan menjadi tanggungjawab ahli sepenuhnya untuk membuat sebarang keputusan bagi menyertai skim tersebut. KWSP tidak mengesyor atau mencadangkan mana-mana dana kepada ahli dalam membuat pilihan untuk melabur. KWSP menggalakkan ahli supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim ini.

Ada 3 Institusi Pengurusan Dana (IPD) atau dalam bahasa Inggerisnya Fund Management Institution (FMI) - yang diluluskan oleh KWSP.

  1. Syarikat Pengurusan Unit Amanah, (unit trust management companies) termasuk yang di bawah Amanah Saham Nasional Berhad
  2. Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang (asset management companies)
  3. Lembaga Tabung Haji

Majoriti besar dari tuan dan puan tahu apa itu syarikat pengurusan unit amanah dan Tabung Haji. Syarikat pengurusan unit amanah ialah syarikat-syarikat yang menawarkan unit amanah atau yang lebih mudah dikenali sebagau unit trust.

KWSP memantau prestasi unit trust yang mendapatkan kebenaran mereka dari masa ke masa. Jadi, sekiranya tuan dan puan melabur dalam unit trust A menerusi skim pelaburan ahli pada 2016, tidak mustahil pada 2017 unit trust A itu sudah bertukar status. Ahli tidak lagi boleh melabur di situ.

Apa Itu Mandat Persendirian

Apa yang tuan dan puan tidak berapa biasa dengar ialah pelaburan menerusi mandat persendirian. Private mandate. Juga disebut sebagai private manage account.

Secara ringkas yang dapat saya ceritakan dalam nota ini ialah tuan dan puan boleh mendapatkan perkhidmatan asset management companies yang mendapat kebenaran KWSP untuk membuat pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Mereka yang memilih mandat persendirian ini nanti akan mempunyai seorang dedicated licensed fund manager yang menguruskan akaun pelaburan saham mereka. Apa-apa hal you boleh roger!

Sangat berbeza dengan pelaburan unit trust.

Nota yang lebih panjang tentang mandat persendirian ini saya tulis di sini, sila klik dan baca:

-- Managed Account: 8 Perkara Yang Anda Kena Tahu