≡ Menu

Kenapa Anda Panik Bila Unit Trust Tengah Rugi?

Unit trust adalah salah situ pelaburan yang popular di kalangan rakyat marhain di Malaysia. Selain daripada ASB, yang juga merupakan sejenis unit trust, apabila disebut perkataan investment, yang hanya muncul di minda hanyalah unit trust.

Sedangkan wujud pelaburan dalam aset kelas berbeza di Malaysia ini.

Maka tidak hairanlah majoriti rakyat marhain terlibat dengan pelaburan unit trust. Jika ada ahli keluarga yang terlibat, maka yang lain pun akan turut serta. Jika ada rakan sepejabat yang terlibat, daripada ingin tahu, terus saja mencuba.

Semuanya berharap ianya mudah dan pasti berikan pulangan seperti ASB. Disebabkan ianya popular, ramai yang tidak tahu pelaburan unit trust adalah sangat berisiko.

Berikut adalah sebab-sebab penyebab kita menjadi panik apabila pelaburan unit trust yang kita sertai, tidak seperti yang digambarkan:

#1 Tidak Buat Penilaian Risiko

Unit trust ini sejenis collective investment scheme. Bila ada perkataan investment (pelaburan) tu, maknanya ada untung-rugi dan risikonya.

Anda sertai unit trust dengan hanya dengar penjelasan daripada agen selama 15 minit sahaja. Agen pun tak pernah kenal sebelum ini, jumpa masa tengah makan tengahari atau di booth jualan depan pejabat.

Tidak buat penilaian awal untuk tentukan yang anda ini termasuk dalam kategori pelabur berisiko apa. Conservative? Moderate? Aggressive? Apabila proses ini  diabaikan, berlaku mismatch antara fund yang dicadangkan agen dengan diri.

#2 Salah Cara Agih Modal

Modal yang digunakan bukan dari lebihan selepas ditolak simpanan kecemasan. Diharapkan dengan modal sedia ada, dapat gandakan dengan cepat.

Kalaupun menggunakan modal daripada akaun simpanan persaraan, tidak diteliti berapa ratio yang patut dilaburkan, berapa yang patut dibiarkan.

Semua modal pula hanya diletakkan pada satu jenis dana sahaja. Main bola, 10-10 pemain semua menyerang, tinggalkan penjaga gol keseorangan. Gung-ho orang kata.

#3 Fokus Hanya Pada Return (Pulangan)

Ini merupakan faktor utama. Barangkali inilah saja indikator yang pelabur unit trust lihat. Prestasi yang lepas. Past performance doesn’t indicate future performance.

Mana yang bagi return tinggi, itulah yang cuba dikejarnya. Rupanya yang dikejar hanyalah nominal return, bukannya real rate of return (inflation adjusted).

Faktor risk, fluctuation, portfolio yang dipegang oleh 1-1 dana itu tidak diberi perhatian. Semuanya ada dalam master prospectus tapi tidak diteliti dahulu.

Beranggapan bila melabur dalam unit trust ini semuanya hanya garisan lurus semata-mata.

#4 Melabur Dalam 1 Fund House Sahaja

Salah satu kelebihan unit trust ialah diuruskan oleh pengurus dana yang profesional. Selain daripada itu, setiap fund house ini ada research team dia sendiri. Itu tidak boleh dinafikan.

Persoalannya, kenapa kita perlu leveraj pada 1 fund house sahaja? Sebab manusia ini tidak sempurna. Kenapa tidak spread the risk & leveraj kepada pelbagai pengurus dana & research team?

Andai kata pada tahun itu, pengurus dana tersebut tidak berjaya mengulangi pencapaiannya seperti tahun lepas, sedangkan pengurus dana lain berjaya, bagaimana?

#5 Tidak Buat Portfolio Review Berkala

Kita hanya bertemu dengan agen untuk membuat belian tambah unit semata-mata. 3 bulan sekali jika menggunakan KWSP ataupun setahun sekali bila terima bonus. Sepatutnya pertemuan berkala dibuat fokus kepada menilai sejauh mana prestasi dana-dana yang kita telah beli.

Adakah berlaku ketidakseimbangan agihan modal pada setiap dana? Adakah perlu membuat penstrukturan semula dana yang tidak sesuai dengan toleransi risiko kita?

Ataupun strategi dollar cost averaging (DCA) yang dicadangkan selama ini hanya sesuai untuk dana-dana tertentu ataupun sela masa membuat DCA itu tidak sesuai?

Apa Yang Perlu Saya Buat?

Bertenang terlebih dahulu. Jika tidak, lebih banyak kesilapan dari segi tindakan yang anda bakal ambil.

Kumpul maklumat semula dana-dana pelaburan unit trust anda. Hubungi agen unit trust anda dan dapatkan summary of statement terkini. 

Jika mampu, rangka semula strategi pelaburan unit trust anda berdasarkan sebab-sebab yang diberikan di atas. 

Jika tidak tahu apa yang patut dilakukan, dapatkan khidmat portfolio review pelaburan unit trust anda secara bebas.

Sila klik: Portfolio Review