≡ Menu

Melabur Saham Sendiri Sebab Nak Dapat Return Lebih Dari ASB?

Ada 2 sebab popular kenapa orang melabur saham.

  1. Simpanan dia dalam ASB dah penuh, atau,
  2. Nak dapat return lebih tinggi dari ASB.

Untuk individu yang ASB dah penuh, suka atau tak suka dia kena mula melabur saham sendiri. Saya dah tulis dan kalian dapat baca baik-baik dengan klik link atas itu.

Nota kali ini ialah untuk mereka yang berhasrat dapat return lebih tinggi dari ASB. Ada beberapa 4 perkara yang perlu difahami.

1. Ukur Prestasi Pelaburan Untuk Tempoh Paling Kurang 5 Tahun

Ukur keuntungan menggunakan untung terkompaun.

Keuntungan terkompaun setahun bukan bermaksud keuntungan tiap-tiap tahun.

Pelaburan saham berbeza dengan ASB. Ini kerana ASB merupakan instrumen kewangan dengan harga tetap tetapi pelaburan saham harganya berubah-ubah bukan sahaja setiap tahun, tetapi setiap hari.

Sekiranya tuan bermula dengan modal RM 100 ribu, maka dalam tempoh 3 tahun modal tadi berkembang paling kurang RM 122 ribu. Apa yang boleh berlaku kepada modal RM 100 ribu adalah seperti berikut:

  • Tahun 1: 100 ribu - 5 ribu = 95 ribu
  • Tahun 2: 95 ribu + 25 ribu = 120 ribu
  • Tahun 3: 120 ribu + 3 ribu = 123 ribu

Kiraan di atas adalah contoh situasi yang dapat berlaku.

Apa yang penting untuk satu tempoh pelaburan saham sendiri mesti berkembang menjadi lebih besar dari modal yang diletakkan dalam ASB. Lagi besar jumlah lagi bagus.

Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk membuat kiraan keuntungan saham.

  1. Catat tarikh pembelian saham dibuat.
  2. Kira kos yang terlibat.
  3. Catat jumlah dividen yang diterima.
  4. Catat sekiranya menerima bonus, right issuance, warrant dan apa-apa aktiviti korporat syarikat.
  5. Catat tarikh penjualan saham.
  6. Kira kos yang terlibat.
  7. Kira pulangan terkompaun tahunan berdasarkan pendapatan bersih.

Keuntungan saham tidak terhad kepada kenaikan harga saham sahaja. Catatan ini dapat dibuat melalui spreadsheet atau pun aplikasi pasaran saham yang bersesuaian.

2. Kos Melepas

Apabila melabur saham sendiri kena fahami konsep opportunity cost (kos melepas).

Untuk mendapat untung lebih dari ASB, maka kena lepaskan return ASB dulu. Walaupun kadar keuntungan ASB tidak tetap, tetapi ASB masih belum bagi negative return.

Malangnya, tidak ada gerenti apabila melabur saham mesti boleh dapat untung dari ASB. Itulah risiko yang perlu diambil dengan bersedia melepaskan keuntungan ASB terlebih dahulu.

3. Dah Ada Kemahiran Melabur Saham Yang Betul ?

ASB adalah instrumen kewangan yang berisiko rendah.

  • Individu yang tidak menguruskan pelaburan saham sendiri pun boleh dapat untung. Tidak perlu bersusah payah pun nak buat apa-apa analisa saham.
  • Individu yang tidak sibuk-sibuk belajar saham pun boleh dapat untung. Tidak perlu habiskan banyak masa pergi kelas saham.
  • Individu yang tidak ambil apa-apa risiko yang lebih pun boleh dapat untung. Tidak perlu habiskan duit untuk rugi begitu sahaja di Bursa Malaysia.

Jadi individu yang berusaha mengambil lebih risiko mestilah melengkapkan diri mereka dengan ilmu pelaburan yang betul.

Klik dan baca: Nota Untuk Pelabur Saham Baru

4. Sekiranya Asyik Rugi, Berhenti Urus Labur Saham Sendiri

Sekiranya tidak berjaya memperoleh keuntungan yang lebih banyak dari ASB, maka ada 2 pilihan.

  1. Berhenti melabur saham sendiri, barangkali pasaran saham bukan tempat yang sesuai, atau,
  2. Belajar cara yang betul untuk membuat analisa dalam pelaburan saham, atau,
  3. Terus jimatkan masa dengan dapatkan khidmat fund manager berlesen menerusi managed account.

About the author: Saya bantu orang melabur saham untuk persaraan. Sila klik sini dan baca lanjut