1. Aktiviti pelaburan dibuat dengan duit lebih dan bukannya bertujuan untuk ada duit lebih.
2. Jangan letak duit banyak-banyak dalam savings account. Ini kerana ianya akan habis dimakan inflasi dan zakat. Tukarkanlah duit tunai kepada harta produktif yang memberikan cashflow dalam bentuk dividen atau hasil sewaan seperti melabur dalam private company, public listed company atau hartanah.
3. Akaun fixed deposit dalam keadaan sekarang beri pulangan antara 3-4% setahun. Sesuai untuk individu yang memerlukan kemudahan kredit dari pihak bank.
4. Unit trust kategori fixed income yang membeli bon / bon patuh Shariah dapat beri pulangan antara 3-6% setahun. Sesuai untuk individu yang ASB sudah penuh, atau mahu pilihan lain selain Tabung Haji.
5. Tabung Haji memberikan pulangan sekitar 5%, ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahu membuat tabungan menunaikan haji.
6. ASB memberikan pulangan sekitar 7%. Kalau takde idea nak melabur di mana, kalian boleh fokus untuk penuhkan kuota ASB dahulu sebelum ada idea nak buat pelaburan di tempat lain.
7. Unit trust kategori ekuiti memberikan berpotensi pulangan sehingga 10%. Tidak sesuai untuk mereka yang tak boleh tengok dan mahu marah-marah apabila pulangan tahunan ialah negatif bagi tahun-tahun tertentu.
8. Beli saham syarikat berhad di Bursa Malaysia berpotensi untuk dapat untung lebih dari 10% setahun. Tak sesuai untuk mereka yang mudah sakit jantung semasa tengok harga saham jatuh.
9. Beli hartanah untuk disewakan. Carilah hartanah yang dapat beri rental yield yang lebih baik dari Tabung Haji. Kalau dapat rental yield yang lebih tinggi dari ASB itu lagi bagus.
10. Real estate investment trust. REIT. Untuk kalian yang berhasrat merasa hasil sewaan dari hartanah mahal macam KLCC, hospital dan pasaraya tapi tak mampu nak beli seorang diri.