Nak simpan regular savings dalam ASB pun baik.
Nak buat pembiayaan ASB pun baik.
Kedua-dua kaedah ini tidak perfect. Maka tuan mesti pilih kaedah menyimpan sendiri mengikut keperluan kewangan masing-masing.
Berikut ialah apa yang kita perlu tahu mengenai pembiayaan ASB.
1) Buat pembiayaan ikut kemampuan bayar balik
Ukur poket dulu.
Tanda jumlah pembiayaan di luar kemampuan adalah apabila rasa terbeban tiap bulan nak buat bayar bulan-bulan dan mesti mengharapkan dividen + bonus ASB yang tinggi untuk membayarnya.
2) Buat pembiayaan untuk penuhi matlamat kewangan jangka masa panjang
Labur semula dividen.
Ini membolehkan dividen + bonus yang diterima dilaburkan semula dan seterusnya mendapat untung yang lebih optima.
3) Ketahui risiko berkaitan pembiayaan
Pengiraan Debt Serivce Ratio (DSR).
Sama seperti pembiayaan lain, pembiayaan ASB juga ada risiko kredit seperti DSR yang perlu diambil kira selepas dah buat pembiayaan.
4) Fahami ada turun naik kadar pembiayaan
Base rate kadarnya tidak tetap.
Boleh jadi naik. Boleh jadi turun. Kalau naik kadar bayar balik bertambah. Jika turun, kadar bayar balik berkurang.
5) Fahami return ASB juga turun naik
Dividen + bonus ASB adalah tidak tetap.
Boleh jadi return tinggi, boleh jadi return rendah. Itu semua bergantung kepada prestasi pelaburan ASB. Apa yang tetap cuma harga jualan / belian ASB sahaja.