≡ Menu

7 Tips Retirement Planning Untuk Individu 40-an

1. Terus melabur dengan bakul pelaburan yang agresif. Iaitu 50% hendaklah dilaburkan dalam ekuiti. Sama ada melalui skim pelaburan ahli KWSP atau secara tunai.

2. Fokus kepada kerjaya. Mudah-mudahan memperoleh rezeki dapat menjadi senior management dalam organisasi tempat tuan puan bekerja.

3. Mula bayar hutang rumah lebih dari yang bank minta. Lebihan itu adalah untuk bayar prinsipal hutang. Sasarannya hutang rumah dapat langsaikan lebih cepat dari jadual dan sebelum usia persaraan menjelma. Manfaatkan akaun 2 KWSP untuk selesaikan hutang rumah.

Klik sini: Investment Consultancy For Retirement

4. Terus jaga kesihatan, pemakanan. Kesihatan itu mahal harganya.

5. Jaga perkahwinan baik-baik. Memang perkahwinan ini banyak geloranya. Umur dah 40-an jangan buat perangai pelik-pelik. Melainkan terpaksa bercerai, perkahwinan yang bahagia adalah kunci hari persaraan yang membahagiakan.

6. Buat financial reality checkup. Jumpa licensed financial planner untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan kewangan yang menyeluruh. Supaya sasaran retirement fund dapat dicapai.

7. Helo... dah buat wasiat?