≡ Menu

6 Tips Retirement Planning Untuk Mereka Yang Sudah 50-an

1. Mula habiskan baki hutang-hutang yang masih ada. Supaya apabila sampai waktu bersara nanti sudah tiada hutang di tangan. Consolidate hutang-hutang yang ada. Bagi pencarum KWSP boleh pakai akaun 2 untuk mula menyelesaikan baki hutang rumah yang masih ada.

2. Fikirkan satu post-retirement job. Satu, supaya otak masih tetap berfikir selepas retire. Dua, supaya masih ada pendapatan selepas sudah bersara. Fokus untuk tambah ilmu dan kemahiran post-retirement job tersebut.

3. Mula beli saham-saham blue-chip yang beri dividen atau beli REIT. Bakul pelaburan patut sudah mula jadi lebih konservatif berbanding usia 30-an dan 40-an. Laburkan semula dividen yang diterima sementara masih ada gaji. Tengok syarat pengeluaran KWSP pada usia 50 tahun untuk tujuan ini.

Klik sini: Investment Workshop 4 Retirement

4. Reviu keperluan takaful dan struktur semula polisi untuk keperluan hari tua. Umur 50 tahun masih boleh ambil takaful. Ada beberapa syarikat yang menawarkan perlindungan pada usia begini. Pastikan hutang-hutang yang masih ada dilindungi sepenuhnya.

5. Jaga keluarga. Jaga kesihatan. Priceless.

6. Boleh tengok pilihan-pilihan yang ada untuk create trust. Bukan beli unit trust. Tapi buat harta amanah melalui satu ikatan amanah. Trust adalah satu tools yang sophisticated untuk estate planning.