≡ Menu

12 Tips Retirement Planning Untuk Individu Berumur 30-an

1. Sekiranya dapat dan keadaan mengizinkan, sudah beli rumah sendiri untuk diduduki. Mampu bayar 10% deposit rumah adalah petanda kita ada disiplin dalam menyimpan.

2. Mempunyai rumah untuk disewakan adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang mampu menguruskannya.

3. Baca panduan percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memanfaatkan perkara-perkara berkaitan instrumen kewangan yang membolehkan kita mengurangkan bayar cukai secara sah. Seperti takaful, KWSP, Private Retirement Scheme.

4. Invest in yourself dengan tambah 1 kemahiran baru yang berguna untuk kegunaan masa hadapan. Kemahiran itu dapat digunakan dalam kerjaya atau untuk memulakan bisnes sendiri.

5. Invest in yourself dengan belajar tentang pelaburan saham dengan serius. Ada nota-nota digital macam TutorialSaham.com . Mula hadir ke kelas yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia. Malah syarikat-syarikat broker pun banyak menganjurkan kelas-kelas saham secara percuma atau dengan kos rendah.

6. Siapa yang sudah belajar, mulakan pelaburan saham sekarang juga.

7. Terus menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera atau akaun yang sewaktu dengannya sehingga mencecah 6 angka.

8. Manfaatkan skim pengeluaran ahli KWSP untuk mengoptimumkan keuntungan. Bagi yang tidak ada KWSP, buat tabung persaraan sendiri sama ada melabur secara terus di Bursa Malaysia atau melalui unit trust. Buat bakul pelaburan yang lebih agresif, sekurang-kurangnya 50% adalah dalam ekuiti,

9. Bersenam, jaga makan supaya kesihatan terjaga. Duit yang banyak tak dapat menggantikan nikmat sihat. Tak perlu habiskan duit untuk "sukan" yang mahal.

10. Habiskan baki hutang kad kredit.

11. Habiskan bayar hutang pendidikan i.e. PTPTN.

12. Beli masa fee-based licensed financial planner untuk beberapa jam setahun supaya dapat memulakan usia 40-an dengan tabung persaraan yang lebih besar saiznya.

About the author: Apakah pelaburan tuan puan tengah rugi? Klik sini untuk mengatasinya.