≡ Menu

Tak Mahu Melabur Saham Sebab Takut Rugi ? Baca Nota Ini Dulu

Duit tunai habis dimakan inflasi.

Duit tunai RM 10ribu yang disimpan dalam savings account, sekiranya kadar inflasi 3% pada tahun ini, maka kuasa membelinya pada tahun depan cuma tinggal RM 9,708.

Macam bara. Api dalam sekam. Sikit-sikit duit kita terbakar.
.

Untuk lawan inflasi, tuan-puan hendaklah melaburkan duit tersebut.

Salah satu pelaburan tempat pelaburan yang sesuai adalah pasaran saham. Bagaimana nak memulakan pelaburan dalam pasaran saham ?

Ada dua cara :

  1. Tuan-puan dapat melabur sendiri di Bursa Malaysia. Buka akaun CDS. Bukan trading account. A-Z sendiri.
  2. Tuan-puan melabur dengan melantik fund manager berlesen laburkan duit bagi pihak kita secara mandat persendirian.

Pelaburan dalam pasaran saham, baik beli saham dan urus sendiri atau pelaburan saham diuruskan fund manager berlesen, keduanya tetap ada risiko rugi.

Tetapi keuntungan pasaran saham tidak terhad kepada untung kenaikan harga sahaja.

  • Jika harga jatuh, tuan tetap boleh dapat dividen.
  • Jika harga tak bergerak, tuan tetap boleh dapat dividen.
  • Jika ada aktiviti korporat tertentu, tuan boleh dapat keuntungan seperti dividen istimewa, unit saham tambahan, warrant percuma dan lain-lain.

Walaupun harga saham itu berubah setiap hari ia tak beri kesan kepada pemberian dividen. Dividen diberi bukan sebab harga saham naik tetapi operasi bisnes ada untung. Pelabur dapat dividen sebab ada ekuiti dalam bisnes tersebut.
.

Tukar duit jadi saham:

  • Boleh untung naik harga. Boleh untung dapat dividen.
  • Boleh rugi turun harga. Boleh untung dapat dividen.

Simpan duit begitu sahaja suka atau tidak suka duit habis dimakan inflasi. Apa pilihan kalian?