≡ Menu

Saham Indeks; Cara Malas Jadi Kaya

Macam mana nak pilih limau yang manis?

Maka zaman Google ini pun kita pun menggoogle. Cara pilih limau manis. Kita taip begitu. Maka keluar carian. Tips pilih limau yang manis.

Kita pun ikut. Cari kulit limau menggerutu. Yang nampak buruk. Tengok bekas tangkai. Picit sana picit sini. Dengan harapan dapat lah sebiji limau yang manis.
.

Macam mana nak cari saham yang menguntungkan?

Maka zaman media sosial ini pun kita pun cari group-group saham. Katanya mereka ada tips saham. Boleh tahu cara untuk tahu saham apa yang boleh naik esok.

Kita pun follow. Beli saham penny stock. Beli saham sen-sen. Jangan beli saham mahal. Beli saham A. Beli saham B. Beli saham C. Dengan harapan dapat lah satu kaunter yang boleh bagi untung sejuta. Hope investing.
.

Mahukah tuan kalau saya beritahu ada cara yang lebih malas dari itu?

Sila teruskan membaca.
.

Pelaburan saham indeks adalah strategi pelaburan pasif.

Dari kita tercari-cari cara memilih limau yang manis. Berdiri depan selonggok limau di pasar. Menghabiskan masa untuk ikut tips yang diberikan. Sampai orang sebelah pun bosan, kenapa tak terus beli sekotak limau?

Ya, terus beli 1 kotak limau.

Caranya dengan membeli 1 dana yang membeli saham-saham indeks.
.

Ada 2 cara yang pratikal.

  1. Unit trust
  2. Exchange traded fund (ETF)

Manakala kalau masih wujud sedikit kerajinan, saya pun ada berkongsikan cara menguruskan buat bakul pelaburan indeks melalui nota tutorial saham.

Klik sini >> Nota Saham Untuk Pelabur Baru
.

Untuk unit trust, sila buat carian 'index' melalui Morningstar. Ketika nota ini disediakan, dapatlah macam ini. Ada yang Shariah compliant, ada yang non-Shariah compliant.

Untuk ETF, rujuk balik nota tentang ETF yang telah disediakan. Saya telah pun membuat senarai ETF yang ada di Bursa Malaysia.
.

Kalau ikut rekod lepas, sejak 1977, siapa yang beli indeks saham Bursa Malaysia, maka setiap RM 1 maka pada 2017 nilainya sudah jadi sekurang-kurangnya RM 14.5.

Manakala, kos belanja RM 1 pada 1977 pula menjadi RM 2.21 pada 2017. Itu dengan nilai inflasi 2% setahun.

About the author: Apakah pelaburan tuan puan tengah rugi? Klik sini untuk mengatasinya.