Versi Bahasa Inggeris di sini
Suka baca subjek kewangan kan? Jom masuk pertandingan menulis bertemakan kewangan peribadi! Kami mencari cerita-cerita fiksyen dan bukan fiksyen untuk dikompilasikan dalam sebuah ebook. Walaupun temanya kewangan, cerita-cerita tersebut tidak perlu elemen ‘nasihat’; kami mahukan cerita yang boleh dibaca secara santai!
Butir-butir Pertandingan
- Panjang: 1500 sehingga 5000 patah perkataan
- Tema: Kewangan peribadi (‘personal finance’)
- Jenis: Cerita pendek (fiksyen dan bukan fiksyen)
- Bahasa: UK English atau Bahasa Malaysia
- Format: Hantarkan link GDoc anda
- Tarikh tamat: 15 Ogos 2018
- Hantar kepada: submissions.ror at gmail dot com
- Hadiah: RM100 tunai ATAU sebahagian peratusan jualan buku dalam tempoh satu (1) tahun.
- Nombor pemenang: Tidak terhad (sehingga dapat 50,000 patah perkataan)
Contoh-contoh cerita yang anda boleh tulis:
- Cara anda cari rezeki: termasuk petua untuk masuk atau berjaya dalam bidang anda
- Kos yang anda bayar dalam hidup anda: Kesihatan mental, OKU dan sebagainya
- Bagaimana anda pilih kehidupan alternatif anda dan kosnya: permakultur, ‘zero waste’, ‘minimalism’, ‘capsule wardrobe’, ‘travelling’ sepenuh masa, ‘digital nomad’ dan sebagainya
- Cerita mengenai keputusan kewangan yang anda buat, sama ada ianya berjaya atau tidak
- Cerita mengenai kewangan yang berlaku kepada anda dan jarang berlaku pada orang lain
- Dunia alternatif menggunakan sistem kewangan yang berlainan (seperti filem ‘In Time’, di mana matawang yang digunakan adalah masa. Jika masa habis, mereka akan mati). Cerita-cerita berunsur percintaan, fantasi dan fiksyen sains amat dialu-alukan!
- Dan banyak lagi! Sekiranya ada soalan mengenai cerita anda, boleh email di submissions.ror at gmail dot com ataupun tanya saya di Twitter (@surayaror)
Terma:
- Pertandingan ini dianjur oleh Ringgit Oh Ringgit.
- Semua penulisan mestilah ‘ori’ dan tidak pernah diterbitkan sebelum ini
- Anda boleh hantar lebih dari satu cerita
- Pemenang akan dibayar RM100 ‘flat’ ATAU sebahagian peratusan jualan buku dalam tempoh satu (1) tahun. Boleh pilih mana-mana, tapi pilih satu saja. Kalau nak pakai duit sekarang, pilih RM100. Kalau sanggup tunggu setahun dan boleh tolong memasarkan buku tersebut, pilih peratusan.
- Penulis akan menandatangani kontrak memberikan kami hak kepada cerita tersebut. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada proses ‘editing’ dan cara kami jual dan pasarkan buku tersebut. Anda diberi kredit sebagai penulis.
- Sekiranya karya anda tidak diterima kali ini, hak cerita tersebut adalah kepunyaan anda.
- Semua keputusan adalah muktamad.
- Kami boleh meminda terma dan syarat pada bila-bila masa
Kami tunggu cerita-cerita bertemakan kewangan peribadi anda! Tolong kongsikan kepada kawan-kawan yang pandai menulis tu ya 🙂