Bila gaji tak cukup dan nak dapat income lebih tiap bulan, saham bukan tempat yang sesuai.
Ada modal tapi nak dapat untung 5% setiap bulan, maka bakal terjerumus dalam skim cepat miskin.
Bila dah melabur saham dan tiap-tiap tahun mesti nak untung lebih dari ASB dan Tabung Haji, itu dah silap mentaliti.
Dah jadi pelabur saham tapi tak boleh tengok unrealised loss langsung. Jual saham-saham tu dan sila buat benda lain
Pelabur tegar saham tahu pelaburan saham adalah game 10 tahun. Long term investment. Baru nampak hasilnya.
Saham Pelaburan 10 Tahun
“Only buy something that you’d be perfectly happy to hold if the market shut down for 10 years.” - Warren Buffett
Ramai terlibat dalam pelaburan saham dengan cara yang salah. Iaitu membelinya dengan harapan boleh dapat untung cepat.
Ramai yang berminat dengan pelaburan saham mendapat informasi yang salah. Iaitu dengar cerita saham ini untuk short-term.
Ramai yang takut dengan pelaburan saham sebab mendengar cerita rugi sahaja. Dah berkawan dengan pelebur-pelebur saham, memanglah itulah cerita yang dapat.
Kenapa Ramai Gagal Dalam Pelaburan Saham?
Tak sabar.
Setahun pun tak boleh sabar, apatah lagi nak tunggu 10 tahun punya hasil. Sedangkan dalam tempoh 1 tahun itu baru selesai buat pembelian. Baru selesai tabur biji benih. Tapi sebab tak sabar, terus nak petik buah.
If you aren’t thinking about owning a stock for 10 years, don’t even think about owning it for 10 minutes.” - Warren Buffett
Pelaburan adalah istithmar. Proses pembuahan. Ambil masa untuk rasa hasil yang sebenar.
Kenapa Ramai Takut Dengan Pelaburan Saham?
Tak faham.
Ramai yang terlibat dalam dalam dunia saham ini cuma nampak pergerakan nombor i.e. turun naik harga saham semata-mata. Sedangkan perbuatan macam itu tak jauh beza macam gambling. Teka nombor. Bezanya, seorang teka nombor apa boleh naik dan seorang lagi teka saham apa yang boleh naik dalam masa 1 minggu.
Faham ini betul-betul.
Pelaburan saham bermaksud beli pemilikan (ekuiti) dalam sesuatu perniagaan. Orang yang pandai berniaga dia tak beli saham, tetapi dia jual saham. Kenapa dia jual saham dalam bisnes dia ? Sebab dia nak modal dari orang luar. Idea ada duit takde. Proses ini namanya initial public offering (IPO)
Pelabur bagi duit kepada syarikat, syarikat berniaga. Untung dari perniagaan syarikat akan fikirkan, sama ada nak beri balik dalam bentuk dividen kepada pelabur atau laburkan semula dalam syarikat.
Para pelabur dapat hadir ke mesyuarat tahunan syarikat untuk sama-sama bincang, beri pandangan dan tentukan hala tuju perniagaan. Suara pelabur 'luar' ini selalu diwakili oleh pengarah. Secara spesifik, independent director.
Hari-Hari Tengok Harga Saham Tu Apa Pula?
Siapa suruh tengok hari-hari ?
Apabila mendapat informasi dari individu yang bukan pelabur begitulah jadinya.
Bursa Malaysia dalam bahasa lainnya ialah pasar. Pasar jual-beli saham. Pelabur cuma tengok kalau nak beli, dan kalau nak jual. Sebelum beli, bukan tengok pasar. Lepas beli, tak perlu tengok pasar. Masa tengah membeli itu sahaja tengok pasar.
Ni kata-kata sifu kepada Warren Buffett iaitu Benjamin Graham:
"A stock is worth a certain fraction of what you would be willing to pay for the whole business,"
Jadi apa yang pelabur tengok dan kaji ialah bisnes di sebalik saham tu dan bukannya kaji pergerakan harga saham. Fahamkan bisnes sebelum beli, ikut perkembangan bisnes selepas dah beli saham.
Game 10 Tahun Kalau Harga Saham Jatuh Macam Mana?
Beli lagi.
Selagi mana bisnes tu terus buat untung, tidak ada sebab untuk jual bisnes tersebut. Malah ia adalah satu peluang pelaburan yang terbaik kalau harga saham jatuh tetapi keuntungan syarikat terus meningkat.
"Percayalah ..." - Siti Nurhaliza