≡ Menu

Unit trust adalah salah situ pelaburan yang popular di kalangan rakyat marhain di Malaysia. Selain daripada ASB, yang juga merupakan sejenis unit trust, apabila disebut perkataan investment, yang hanya muncul di minda hanyalah unit trust. Sedangkan wujud pelaburan dalam aset kelas berbeza di Malaysia ini. Maka tidak hairanlah majoriti rakyat marhain terlibat dengan pelaburan unit [...]

Berapakah nilai masa anda?Barangkali ada yang mula berfikir panjang dan berkira-kira. Tidak pernah terlintas di benak pemikiran berapa nilai masa sendiri. Umum mengetahui sehari ada 24 jam. Daripada 24 jam itu, 7-8 jam sudah pasti dihabiskan untuk tidur. 8-12 jam lagi diperuntukkan untuk mencari pendapatan. Kalau tinggal di bandar, 2-3 jam dihabiskan di atas jalanraya. Selebihnya untuk [...]

1. Tiada Matlamat Akhir Hidup Yang Jelas Kita dididik sejak kecil dengan fahaman bahawa perlu belajar rajin-rajin, dapatkan pekerjaan yang bagus & terjamin, beli rumah & kereta, besarkan anak-anak, kahwinkan mereka, pencen dan tunggu hingga habis usia.  Sedangkan sebagai seorang Muslim, kita ada 2 perkara dalam Rukun Islam yang perlu dipenuhi, yakni menunaikan zakat & [...]

Umum menganggap membeli kereta baru lebih baik daripada membeli kereta terpakai dari segi kos selenggara. Kebiasaannya, kita akan berhutang untuk membeli kereta baru, walaupun kita mungkin dapat beli kereta terpakai secara tunai dengan modal awalan di tangan ketika itu.Tetapi kita terlupa yang kita akan hilang duit secara senyap dek susut nilai kereta tersebut. Di samping [...]

Prinsip pertama yang perlu difahami & dihadam oleh kebanyakan orang yang bekerja makan gaji ialah dia sedang menjual masa & skilnya kepada majikan. Atas sebab itu, majikan membayar masa & skil anda tersebut dalam bentuk upah (gaji). Ianya satu kontrak persetujuan antara 2 pihak. Sekiranya satu pihak berhasrat untuk tidak meneruskan kontrak tersebut, maka ianya [...]

Dalam industri perancangan kewangan, sekurang-kurangnya ada 2 kategori “penasihat kewangan” yang orang awam kena tahu. Kategori #1 “Penasihat kewangan” yang mewakili syarikat, dikenali sebagai ejen insurans/takaful, unit trust consultant, estate planner. Jadi mereka dapat memberi khidmat nasihat berkaitan produk dan servis syarikat yang mereka wakili sahaja. Kategori #2 “Penasihat kewangan” yang mewakili klien, dikenali sebagai [...]

Ini adalah tips untuk pelabur unit trust. Supaya tuan puan dapat menjadi pelabur yang lebih baik. Channel Distribution Unit trust boleh dibeli melalui 5 channel. Secara online, melalui bank, unit trust consultant, licensed financial planner dan syarikat pengurusan dana. Setiap channel di atas mempunyai fi yang berbeza-beza. Fi ada kesan kepada untung. High Risk High [...]

Pelabur mesti tahu apa isi bakul pelaburan mereka. Secara asasnya, bakul pelaburan merujuk kepada ‘buah-buah’ berikut. Blue-chip Medium to small-cap Fixed income Komoditi Tunai Kemudian susun buah-buah tersebut menjadi satu bakul yang sesuai dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Ada beberapa senario yang mesti difahami oleh pelabur. 1. Medium to small-cap adalah buah paling banyak [...]

Beli rumah 5 buah. 200k sebuah. Market value 1juta. Jangan syok sangat nilai sebegitu. Sebab hutangnya 900k. Ekuiti cuma 100k. Kerja pelabur adalah menambah jumlah ekuiti. Apa itu ekuiti? Nilai duit yang dapat masuk ke dalam poket selepas tolak hutang. Ekuiti Pelaburan Hartanah 5 buah rumah dengan market value 1juta itu baru untung atas kertas. [...]

Sekiranya kita selesa dengan gaya hidup RM100 ribu setahun sekarang. Maka untuk retirement fund, pendapatan dari harta yang kita ada juga perlu menjana RM100 ribu setahun. Jika tidak, kita kena ambil RM100 ribu setahun dari harta-harta yang ada sampai habis. Nak retire young? Sudah ada pendapatan dari pelaburan yang jana pendapatan yang boleh ganti gaji kita? [...]