≡ Menu

Mudahnya Membeli Saham

Tiada idea nak beli saham apa ?

Bukan susah sebenarnya.

Ramai pelabur baru tidak tahu cara yang betul untuk mendapatkan idea-idea pelaburan. Mereka sering mahu mendapatkan 'hot tips' iaitu kaunter saham apa yang boleh naik sejak semalam lagi. Ini didorong oleh sifat mahu untung cepat tetapi sebenarnya mereka tidak sedar tips-tips panas kaunter saham yang diberikan itu selalunya mempunyai udang di sebalik batu.

Begini. Jika anda telah siap-siap membeli saham pada harga RM 1, maka untuk membolehkan harga saham naik kepada RM 1.20 maka sudah tentu antara kaedahnya ialah mewar-warkan pembelian tersebut kepada 'followers' yang ramai. Tips-tips panas saham ini berlaku kerana untuk buat untung, seseorang itu mesti menjual. Nak jual kepada siapa ? Kepada mereka yang mencari tips-tips saham panas itulah.

Maka abaikan cara sedemikian dan mula jadi pelabur sebenar.Bayangkan situasi seperti berikut:

Sekejap tadi, jam 10 pagi, tuan singgah stesen minyak.

Selain nak isi minyak, tuan berasa haus, lalu membeli sebotol air mineral Spritzer yang dingin , bertudung botolkan warna hijau.

Belek-belek botol. Syarikat ini beralamat di Taiping, Perak.

Sambil beratur untuk bayar di kaunter, buka aplikasi BursaMarketPlace.com di telefon bimbit, search Spritzer. Untuk semak sama ada Spritzer in syarikat berhad atau tida. Sah! Sahamnya dapat dibeli di Bursa Malaysia. Semak lagi, berstatus Shariah compliant lagi.

Eh, syarikat jual air pun ada di Bursa Malaysia ?

Macam mana nak beli sahamnya ?

Adakah tuan kena pergi ke Taiping, ibu pejabat Spritzer ketuk pintu pejabat, jumpa CEO, jumpa CFO ? Sedangkan tuan sekarang ini berada di Kuala Lumpur.

Oh, tidak perlu.

Lepas isi minyak. Parking kereta tepi.

i. Tuan login trading platform. Klik buy @ market price. Atau,
ii. Tuan login guna aplikasi di telefon pintar. Klik buy @ market price.

Tunggu sekejap. Done.

Selesai beli satu saham.

Berdasarkan carian di BursaMarketPlace, syarikat Spritzer juga ada rekod pemberian dividen kepada para pemegang saham mereka.

*Penulis tidak mempunyai sebarang pegangan saham Sprizter.