≡ Menu

Kereta Baru Lebih Baik Daripada Kereta Terpakai?

Umum menganggap membeli kereta baru lebih baik daripada membeli kereta terpakai dari segi kos selenggara.

Kebiasaannya, kita akan berhutang untuk membeli kereta baru, walaupun kita mungkin dapat beli kereta terpakai secara tunai dengan modal awalan di tangan ketika itu.

Tetapi kita terlupa yang kita akan hilang duit secara senyap dek susut nilai kereta tersebut. Di samping itu kita juga turut terpaksa membayar keuntungan kepada bank kerana kita pilih untuk pakai kereta baru tersebut sekarang berbanding di masa hadapan.

Kereta terpakai mungkin banyak atau kurang kos selenggaranya. Tetapi adakah kita bayar kos selenggara setiap hari? Walaupun pada asalnya tujuan kita beli kereta atas sebab keperluan, tapi akhirnya kita cari alasan untuk penuhi kemahuan juga.
 
Kereta ini ada harga. Harga adalah nombor. Nombor boleh dikira. 
Tapi kita tolak tepi segala kira-kira yang dibuat berdasarkan kemampuan kerana turutkan kata emosi kita. 

Kita pilih untuk sedapkan hati kita. Manusia. Emosi. 

Seharusnya kita perlu tanya diri banyak kali berapa jumlah yang kita hendak rugi terlebih dahulu dengan memiliki sebuah kereta.

Jika boleh terima rugi RM80,000 dalam 5 tahun dek susut nilai, silakan.

Jika hanya mampu terima rugi RM15,000 dalam 5 tahun dek susut nilai, silakan.

Berminat nak dapatkan nota-nota kewangan yang dihantar pada setiap hari Jumaat terus ke inbox tuan puan? Sila isi alamat emel: