Suami "hibahkan" isteri RM 200 ribu melalui takaful.
Suami ada hutang RM 250 ribu.
Menurut Islamic Financial Services Act 2013, selepas berlaku kematian, maka isteri mendapat manfaat takaful tersebut dan tidak menjadi harta pusaka.
.
Seandainya hutang RM 250 ribu itu ialah sebab berhutang dengan kawan.
Maka selepas kematian, RM 250 ribu itu tetap wajib dibayar oleh waris. Dari mana nak cekau RM 250 ribu itu ?
Dari harta pusaka yang ditinggalkan.
.
Si suami perlu faham hutang wajib dibayar.
Si suami perlu beritahu waris dia ada hutang dengan kawan.
Waris perlu selesaikan hutang dengan kawan tersebut sebelum agihan pusaka.
Waris yang paling rapat bagi seorang suami pada kebiasaannya ialah isteri.
.
Apa akan jadi sekiranya ...
- Harta pusaka tak cukup nak buat bayar hutang ?
- Atau, rumah kediaman anak-beranak yang menjadi pusaka terpaksa dijual baru dapat langsaikan hutang ?
Soalan ini agak sukar dijawab.
- Apakah isteri mahu bayarkan juga hutang suami dengan duit hibah takaful yang diterima?
Entah. Mungkin isteri mahu bayarkan. Mungkin dah habis dibelanjakan.
Maka sebelum buat sebarang hibah, si suami tadi patut dah fikir molek bagaimana untuk bayar hutang RM 250 ribu tersebut kalau dia mati tanpa perlu menyusahkan waris.