≡ Menu

Hibah Tabung Haji 2017 4.50% + 1.75%

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pemberian hibah sebanyak RM2.7 bilion kepada pendeposit TH bagi tahun kewangan 2017 pada kadar 4.50 peratus Hibah Tahunan TH dan tambahan 1.75 peratus Hibah Haji. Pengiraan hibah adalah berdasarkan baki tahunan terendah akaun pendeposit.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata TH telah mencatatkan pendapatan yang baik pada tahun 2017 membolehkan ia memberi hibah yang kompetitif kepada pendeposit.

Turut hadir pada majlis tersebut, YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH; YBhg Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah TH. (TH)

About the author: Suzardi Maulan membantu mereka yang mahu retire dengan duit yang cukup di tangan. Sila klik sini dan baca lanjut