≡ Menu

Ceramah Pelaburan Percuma di Shariah Investing Fair 2018

Karnival Shariah Investing Fair 2018 ini akan diadakan pada 21 dan 22 Julai 2018 di Dewan Pameran 1, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Karnival ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran produk dan perkhidmatan pelaburan, dan ceramah pelaburan untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam di semua peringkat umur bagi meningkatkan tahap celik kewangan dan memupuk budaya pelaburan dikalangan rakyat Malaysia.

Selain dari ceramah-ceramah pelaburan berikut, tuan dan puan juga dapat membuka akaun pelaburan saham menerusi syarikat-syarikat broker yang membuat pameran selama 2 hari tersebut.

Masuk adalah percuma.

Tuan dan puan dapat membuat pendaftaran melalui link ini:

>> Shariah Investing Fair 2018