Pelabur mesti ada modal.
Sekurang-kurangnya ada 6 sumber modal yang boleh diusahakan. Nota mengenainya ditulis di sini:
-- 6 Sumber Modal Pelaburan Pertama Anda
Nota ini adalah nota tambahan untuk sumber modal ke-6 iaitu membuat simpanan setiap bulan.
- Tetapkan berapa % dari gaji sebagai modal pelaburan. Misalnya 10%.
- Unit trust adalah tempat terbaik bagi pelabur yang bermodal kecil. Buat regular savings.
- Pelabur yang lebih berdisiplin pula dapat simpan dulu dalam Tabung Haji / ASB.
- Kemudian pada hujung tahun keluarkan simpanan tadi dan melaburlah dalam pasaran saham.
- Sekiranya tahun depan naik gaji, kekalkan % simpanan dan bukannya jumlah simpanan.
- Ulang setiap tahun.
- Jual apabila matlamat pelaburan sudah tercapai.
Mudah-mudahan berjaya.