≡ Menu

Apakah Pelaburan Yang Menguntungkan… Hartanah, Saham atau Emas?

Beli rumah 5 buah. 200k sebuah. Market value 1juta. Jangan syok sangat nilai sebegitu. Sebab hutangnya 900k. Ekuiti cuma 100k.

Kerja pelabur adalah menambah jumlah ekuiti.

Apa itu ekuiti? Nilai duit yang dapat masuk ke dalam poket selepas tolak hutang.

Ekuiti Pelaburan Hartanah

5 buah rumah dengan market value 1juta itu baru untung atas kertas. Belum untung yang masuk dalam poket. Nak jual sebuah rumah 200k, tapi tak ada yang nak beli. Terjual hanya pada harga 190k. Baki hutang ada lagi 180k, maka duit yang masuk dalam poket cuma 10k. Itu belum tolak cukai dan kos-kos lain.

Malangnya hutang 180k itu nilainya tetap. Sebab itu adalah prinsipal hutang. Dalam hutang apa yang mudah bertambah dan berkurang ialah kadar untung yang bank nak ambil.

Ekuiti Pelaburan Saham

Beli saham bernilai 100k. Tak ada hutang. Ekuiti 100k.

Selepas 3 bulan, market value naik jadi 120k. Tapi itu baru untung atas kertas selagi belum take profit. Bukan untung yang masuk poket lagi selagi saham belum jual. Tiba-tiba entah apa yang Donald Trump buat di US sana, pasaran jatuh menjunam-junam. Market value jadi 90k. Dan itu pun baru rugi atas kertas sahaja selagi tak cut loss.

Begitulah pula perangai pelaburan saham. Market value berubah-ubah setiap hari. Kadang-kadang naik dengan cepat dan selalunya turun lebih cepat.

Ekuiti Pelaburan Emas

Beli emas bernilai 100k. Tak ada hutang. Ekuiti 100k. Tapi kalau emas itu digadaikan, maka wujudlah hutang. Ekuiti pun berkurang.

Market value emas pun turun dan naik. Selepas sebulan mungkin nilainya bertambah. Boleh jadi juga nilainya turun. Yang tetap adalah berat emas. Selalunya pelabur cari emas apabila ekonomi tengah huru hara. Apa pun, selagi mana emas itu tidak dijual maka market value itu hanyalah untung atau rugi atas kertas sahaja.

Dan emas tidak ada apa yang hartanah dan saham ada. Hartanah boleh dapat sewa. Saham boleh dapat dividen. Market value tengah jatuh sekali pun dua harta itu tetap ada aliran duit yang masuk ke dalam poket.