≡ Menu

Akhirnya ASB Dah Penuh, Nak Labur Di Mana Lagi?

Alhamdulillah.

Berjaya simpan duit dan akhirnya kuota simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dah pun penuh.

Barangkali tuan-puan pun tertanya-tanya lagi di mana lagi tempat yang ada untuk membuat simpanan & pelaburan.

Prestasi Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Sebelum itu, mari kita tengok dulu prestasi ASB seperti yang disediakan oleh Novagni Analytics and Advisory Sdn. Bhd ini. Ini adalah seperti yang dilaporkan dalam laporan Tahunan ASB 2016.

Memang terbaik.

Tapi nak buat macam mana, ASB ada kuota. Tak boleh letak semua duit dalam ASB. Apabila dah penuh maka kena cari tempat lain pula.

Ada Yang Bagi Lebih Untung Dari ASB ?

Jawapan pendeknya ADA.

Ini juga disediakan oleh sumber data yang sama iaitu dari Novagni Analytics and Advisory Sdn. Bhd.

Boleh klik imej di atas ni. Analisa ini menunjukkan dana X ini memberikan annualized return 5 tahun sebanyak 12.08%

Saya memang sengaja tutup nama dana ini. Sebab kena faham beberapa benda. Antaranya... ini ialah annual return dana X:

Kemudian sila bandingkan dengan annual return ASB seperti dibawah:

Tiga perkara yang saya nak kongsi ialah:

  1. ASB tak pernah rugi. Return turun naik ya, tetapi belum pernah rugi.
  2. Annual return dana X naik dan turun. Cuba tengok prestasi tahun 2016 tu.
  3. ASB tak dapat beri double digit return. Bandingkan dengan dana X yang boleh cecah double digit return.

Jadi bagaimana ?

Mahu dapat lebih return dengan "menaiki roller-coaster", atau, mahu jalan yang lebih smooth tetapi return yang lebih rendah ?

Prestasi Pulangan ASB2

Jika mahu sesuatu yang macam ASB juga, maka teruskan simpan + labur dalam ASB 2 pula.

Return ASB 2 pun setakat ni boleh tahan. Dilancarkan pada tahun 2014.

ASB 2 pun sama ada kuota macam ASB. Jadi, ada had nak simpan sampai RM 200 ribu sahaja. Maka teruskan simpan dalam ASB 2 sahaja sampai penuh kuota RM 200 ribu pula.

Dah ada RM 200 ribu di ASB + RM 200 ribu di ASB 2, apa lagi pilihan yang ada ?

ASB2 Pun Dah Penuh ?

Banyak sahaja pilihan yang ada. Cuma mahu tak mahu sahaja.

Nak yang bepotensi bagi return lebih tinggi + boleh tahan roller-coaster, atau, masih nak yang semacam ASB / ASB2 juga ?

Kalau masih belum berani naik roller-coaster, pilihan seterusnya ialah Tabung Haji.

Malah sebelum mula simpan ASB pun boleh pilih simpan di Tabung Haji. Menerusi catatan rakan saya, Tuan Razali Razman dalam laman Facebook beliau, ini pula prestasi Tabung Haji.

Senang cerita, Bumiputera + Muslim ada 3 pilihan ini, ASB, ASB2, Tabung Haji untuk simpan duit mereka. Manfaatkanlah.

Nak Untung Lebih Kena Lebih Berani

Cuma sekiranya sudah "bosan" (hai, dapat untung pun bosan?) atau kuota sudah penuh atau ... atau .... atau .... isi tempat kosong sendiri maka rujuklah balik carta seperti ini.

Memang ada tahun-tahun dapat double-digit digit, tetapi ada masa return bukan sahaja lebih rendah dari ASB, ASB2 dan Tabung Haji tapi juga ada negative return.

Waktu itu tuan-puan mampu jadi pelabur tegar iaitu terus konsisten berada dalam pasaran atau pun tuan-puan pilih untuk jual dan keluar dari pasaran?

Tepuk dada tanya ilmu atau whatsapp penasihat kewangan masing-masing...