≡ Menu

9 Tips Retirement Planning Untuk Graduan Muda

1. Dapatkan kerja pertama secepat mungkin.

2. Belajar semua selok-belok pasal kerjaya dan industri yang diminati laju-laju. Jika kerjaya tersebut boleh ada kelebihan dengan mempunyai professional certification, pergi ke arah tersebut.

3. Berkawan dengan semua orang tanpa pilih bulu. Pertolongan itu selalu datang dari mereka yang kita tak sangka akan membantu kita sewaktu susah.

4. Simpan duit gaji sebanyak mungkin. Mulakan dengan menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

5. Daftar haji.

6. Invest in yourself first. Beli buku. Itulah cara paling murah nak dapat ilmu. Habiskan banyak masa dengan membaca buku. Ilmu pun ada kuasa kompaun, bukan duit sahaja.

7. Jangan takut dengan perkahwinan. Sekiranya sudah nampak bakal jodoh, usaha untuk cepatkan perkahwinan supaya rezeki makin bertambah. Syaratnya jangan jadi raja sehari kemudian jadi hamba bank 10 tahun. Elak buat personal financing untuk berkahwin.

8. Pakai kereta second hand yang biasa-biasa sahaja yang dapat dibeli pada harga yang murah. Biarlah apa orang kata kita pakai buruk sekalipun. Hutang kita dengan bank bukan pakai duit gaji dia pun.

9. Benci kepada hutang kad kredit macam orang Melayu benci kepada babi.