≡ Menu

8 Langkah Menguruskan Pelaburan Dengan Bijak Dan Bersistematik

Pelaburan ialah menangguhkan belanja sekarang supaya dapat berbelanja lebih pada masa hadapan.

Kita perlu melabur disebabkan duit kita akan habis dimakan oleh inflasi & zakat. Maka pelaburan adalah satu cara untuk mengatasi kesan inflasi dan zakat.

Ramai tidak melabur disebabkan mereka berpendapat pelaburan perlu dibuat dengan cara yang berisiko tinggi sedangkan pelaburan tidak semestinya dibuat dengan cara begitu.

Selain itu ramai juga mencari-cari pelaburan terbaik. Mereka bertanya..

  • Adakah pelaburan saham yang terbaik?
  • Adakah emas yang terbaik?
  • Adakah hartanah yang terbaik?
  • Adakah bitcoin adalah yang pelaburan terbaik ?

Tetapi mereka terlupa adakah mereka telah mempunyai pengetahuan yang cukup dalam sesuatu pelaburan yang mereka mahu buat.

Zaman hari ini nak dapatkan info pelaburan adalah di hujung jari sahaja. Semua orang dah boleh melabur. Namun apakah kita telah melabur dengan cara yang betul?

Berikut ialah 8 langkah untuk tuan-puan yang mahu menguruskan pelaburan dengan bijak dan bersistematik.

1. Matlamat Jangka Panjang

Pelaburan mesti sentiasa dengan long term horizon.

Matlamat persaraan adalah contoh matlamat jangka masa panjang. Kenapa tidak melabur untuk short term ?

Ini kerana ketika masih muda masih punya banyak tenaga untuk bekerja dan mendapat pendapatan secara aktif. Malah, risiko pelaburan pun dapat diambil lebih, berbanding ketika usia 60 tahun.

2. Mempunyai Emergency Fund

Siapkan bot-bot kecil sebelum kapal belayar ke lautan lepas.

Jangan sombong macam kapal Titanic. Noktah.

3. Memilih Core Investment

Tuan mesti tahu apakah core investment yang sesuai dengan diri tuan.

Pelaburan jangan ikut orang. Misal contoh ketika nota ini disediakan ramai orang mahu membuat membeli bitcoin sebab harganya mencanak naik. Kenapa beli hanya ketika harga dah naik ?

Core investment merujuk kepada pelaburan yang simple plain vanilla. Pelaburan yang tidak 'up to current trend' tetapi untuk jangka masa panjang itulah pelaburan yang terbaik.

4. Bezakan Portfolio Pelaburan Dan Portfolio Spekulasi

Jangan keliru antara aktiviti pelaburan dan aktiviti spekulasi.

Nampak macam sama tetapi berbeza. Speculation is very tempting. Adalah sukar nak berhenti dari aktiviti spekulasi apabila sudah bermula. Adrenaline rush.

Sekiranya rasa nak jadi spekulator, buat 2 perkara ini.

  • Asingkan portofolio spekulasi
  • Jadi spekulator bijak

5. Exit Strategy

Jangan tahu beli sahaja.

Tapi mesti tahu juga bila untuk keluar.

Apabila merancang exit strategy jangan fikir yang baik-baik sahaja. Ini kerana pelaburan bukan akan sentiasa untung. Perlu bersedia untuk mengaku silap bila dah buat silap.

Take your loss dan lupakan perkara yang lepas. Kita adalah manusia biasa. Pelabur yang hebat pun ada buat silap dan mereka bukannya tak pernah rugi.

6. Fahami Implikasi Cukai & Zakat Sesuatu Pelaburan

Aset pelaburan ada undang-undang cukai yang berbeza.

Capital gain untuk hartanah di Malaysia ada cukai, sekiranya dijual untuk 5 tahun yang pertama. Manakala, untuk pasaran saham belum ada cukai capital gain. Ambil tahu perkara-perkara berkaitan termasuklah bagaimana untuk membuat taksiran zakat aset-aset pelaburan yang ada.

7. Strategi Reinvestment

Sekiranya dah buat untung dalam sesuatu pelaburan, nak buat apa ?

Maka strategi reinvestment ini perlu selari dengan matlamat pelaburan itu sendiri.

Ramai orang tidak memikirkan strategi reinvestment. Dah jual, dah ada untung, seterusnya nak buat apa ? Strategi reinvestment ini melibatkan untung aliran tunai (sewa, dividen, bonus) dan juga untung capital gain yang diperoleh dari masa ke masa.

8. Pembahagian Aset Pelaburan

Selain cukai, perkara yang tidak dapat dielakkan adalah kematian.

Sekiranya kita mati sekarang, siapakah yang mendapat harta-harta tersebut.

Saya ubah dengan ayat yang lain. Saudara pembaca akhirnya sudah pun mempunyai portfolio hartanah yang memberikan pendapatan RM 10 ribu sebulan. Sekiranya saudara pembaca meninggal dunia, apakah hasrat saudara pembaca terhadap portfolio pelaburan tersebut ?

Adakah aset-aset tadi mahu dikekalkan sebegitu, terus beri pendapatan RM 10 ribu kepada waris-waris atau mahu ia dibahagi-bahagikan ? Atau mahu cipta satu aliran pahala yang berkekalan walaupun selepas mati ? Atau... harta tadi jadi beku dan tidak dapat dimanfaatkan.

Pilihan ini di tangan saudara pembaca.

About the author: Apakah pelaburan tuan puan tengah rugi? Klik sini untuk mengatasinya.