Pelaburan Tengah Rugi?

Formula Pelaburan Untuk Eksekutif & Professional Yang Sibuk

| 29 Disember 2018 | Menara Prestige | 8:45 pagi - 12:45 petang

Apakah Pelaburan Terbaik?

Pelaburan terbaik adalah pelaburan yang membolehkan kita tidur nyenyak pada malam hari. Pelaburan mesti dibuat seawal mungkin untuk survival kita menghadapi kos sara hidup pada kemudian hari.

Dengan melabur untuk jangka masa panjang baru lah kita dapat mempunyai cukup bekalan pada masa susah, dan bukannya dah susah baru nak siapkan bekal.

Sebagai eksekutif dan profesional yang sibuk tak pandai nak melabur sendiri tak apa. Tugas tuan puan adalah fokus kepada kerjaya dan memperoleh pendapatan yang besar.  

Yang penting tuan puan ada tim profesional lain yang cekap melabur. Merekalah yang tidak tidur malam untuk memikirkan strategi pelaburan yang bersesuaian untuk menjadikan tuan puan semakin kaya.

Apabila tidak melabur maka duit tidak dapat bekerja keras untuk kita. Kita yang akhirnya terpaksa bekerja keras sampai tak ada pilihan untuk berhenti jika sudah burn-out.

Inilah yang disebut oleh Warren Buffett. Kita lah yang menanam pokok itu hari ini untuk dituai pada masa hadapan.

Apakah Tuan Puan Menghadapi Kesukaran Seperti Encik W Ini?

Pakdi, my UT consultant called me. I am now 120K down with Fund A. Dia propose redeem balik. Pastu beli fast moving UT i.e. Fund B. Don't think that's a good idea.

Kesukaran 1 

Tak tahu nak buat apa bila pelaburan tengah rugi.

Kesukaran 2

Tak yakin dengan cadangan yang dikemukakan untuk atasi kerugian

Kesukaran 3

Tak tahu sebenarnya melabur di mana. Unit trust ada banyak jenis!

Kesukaran 4

Tak nampak hasil pelaburan. Takkan tak ada untung langsung?

Kesukaran 5

Tak ada formula pelaburan yang jelas. Kalau Fund B lebih bagus kenapa tak suruh suruh labur dari haritu tapi kena beli Fund A pula?

Speaker: Suzardi Maulan

Suzardi Maulan juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Penulis, Rancang Wang Dari Sekarang. Penulis, Tutorial Saham. Merupakan perancang kewangan berlesen bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia

Di peringkat industri, Pakdi merupakan social media influencer untuk BursaMKTPLC, platform pendidikan saham Bursa Malaysia. Sering dijemput oleh pelbagai pihak dalam industri kewangan seperti Securities Industries Development Corporation (SIDC), Bursa Malaysia-i, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Islam, Public Investment Bank dan lain-lain untuk bercakap tentang perancangan kewangan, pelaburan saham dan unit trust.

Merupakan seorang pengamal value investing dan juga pendokong kuat strategi pelaburan indeks untuk diamalkan oleh pelabur yang kurang agresif. 

Apa formula pelaburan yang Encik W guna sekarang supaya dapat tidur dengan nyenyak pada malam hari walaupun dah melabur lebih dari 500 ribu ringgit?

Ramai pelabur di Malaysia sebenarnya macam Encik W. Tak ada masa nak urus pelaburan sendiri sebab sibuk dengan kerjaya sebenar. 

Seterusnya tak ada banyak masa tambah ilmu pelaburan. Jadi Encik W ambil jalan short-cut dengan mendapatkan khidmat licensed financial planner supaya harta kekayaannya terus berganda.

Hasil 1: Dah Tahu Apa Nak Buat Masa Pelaburan Tengah Rugi

Ramai pelabur dipujuk untuk melabur dengan cerita yang cantik-cantik sahaja. Sedangkan pelaburan ada masa bagus ada masa tak bagus.

Hasil 2: Lepas Penstrukturan Semula Dah Rasa Lebih Yakin Bila Melabur

Sebelum ni bila melabur selalu rasa ragu-ragu. Sebabnya Encik W tak pernah diberitahu apa formula pelaburan yang diguna pakai. Sign form atau turunkan thumb print je.

Hasil 3: Sekarang Dah Tahu Labur Apa

Sekarang dapat tahu duit tu dilaburkan ke mana dengan lebih terperinci.

Hasil 4: Nampak Hasil Dividen

Berapa banyak dividen yang diperoleh dari setiap pelaburan itu pun dah nampak dengan lebih jelas.

Hasil 5: Exit Strategy Yang Jelas

Encik W melabur untuk jangka masa panjang. Bukan asal dapat untung 10-15 peratus je jual. Kemudian beli balik dan mula dari 0 peratus. Sebab tu bila market jatuh jadi panik. 

Pelaburan dibuat dengan formula yang dipersetujui dari awal lagi dan bukannya dipengaruhi sentimen semasa. 

Dapatkan Formula Pelaburan Dalam Workshop Rancang Wang (WRW) 2019

Untuk siapkan bekal masa hadapan saya percaya tiga (3) perkara ini:

  1. Belanja kurang dari pendapatan.
  2. Labur lebihan duit
  3. Ulang 1 & 2

Antara persoalan yang dapat dijawab dengan hadir ke WRW2019 ialah:

  • Apa nak buat bila pelaburan tengah rugi?
  • Apakah pelaburan yang terbaik?
  • Sekiranya ASB dah penuh, apa lagi peluang pelaburan yang ada?
  • Nak melabur saham tapi perlu bantuan profesional yang bukan sekadar suruh beli saham.
  • Bagaimana dapat retire dengan pelaburan pasaran modal?

Berikut ialah aliran kelas separuh hari yang dicadangkan:

1.0 Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Kelas ini tak mengajar cara-cara menghapuskan hutang dengan cepat. Kelas ini tentang bagaimana untuk hidup berhutang dengan hati yang tenang-tenang sahaja. 45 minit.

2.0 Pelan Simpanan: Sepintas Lalu

Mula-mula kita semak sekali imbas tentang pelan simpanan yang tuan puan dah buat. Sesi ini tak panjang. Lebih kurang 15 minit sahaja.

3.0 Kenali Siapa Waris Harta

Selepas itu pula adalah tentang profil faraid. Kemudian kita lihat apa yang sesuai dengan keperluan sebenar; wasiat, hibah, harta sepencarian, surat ikatan amanah (trust) atau memadai dengan faraid? Masa yang diperlukan paling kurang 30 minit.

4.0 Tabung Persaraan Yang Selesa

Menjawab persoalan, apakah pelaburan yang bagus dalam pasaran modal seperti saham, bon/sukuk, derivatif, ETF, REIT, unit trust dan lain-lain. Apakah formula pelaburan yang ada dan bagaimana nak pilih formula yang sesuai? Sekurang-kurangnya 90 minit diperlukan untuk sesi ini.

Mudah-mudahan lepas hadir ke WRW2019, tuan-puan ada satu kompas untuk meneruskan perjalanan kehidupan dengan hati yang lebih tenang.

Saya sebagai trainer / speaker untuk topik perancangan kewangan, pasaran modal dan bagaimana memulakan pelaburan dalam saham & unit trust anjuran Securities Industries Development Corporation (SIDC) di pelbagai lokasi di Malaysia

Daftar Sekarang. Yuran Early Bird Sehingga 30 November 2018

Tarikh: 29 Disember 2018, Sabtu
Masa: 8:45 pagi - 12:45 tengah hari
Lokasi: Menara Prestige, Kuala Lumpur

(Makan tengah hari tidak disediakan)

Yuran Kebijaksanaan

  • RM 450 / seorang (Selepas 1 Disember 2018)
  • RM 350 / seorang (early bird price)
  • RM 250 / seorang (Annadi SMAPK)

Pakdi, Takkan Cuma Separuh Hari?

Kelas memang separuh hari. Tapi sesi belum habis. Semua peserta dapat satu sesi 1-to-1 selama separuh hari lagi dengan saya. Supaya apa yang dah belajar dalam kelas dalam saya dapat formulakan secara tailor-made untuk setiap peserta. Tak datang kelas WRW 2019 tiada temujanji. Daftar sekarang juga.